Salam. Wah tajuk mesti nak over kan? Hehe. But ianya benar belaka. Saya sendiri alaminya. Bayangkan Puan Misya kena halau camne? Hehe.. Apa saya nak story ni bukan nak aibkan sesiapa tapi sungguh saya tak sangka selama ni hanya tengok dalam drama TV sahaja tapi sebenarnya berlaku di dunia nyata. Kisah ni mungkin boleh dijadikan iktibar dan sesiapa yang alaminya please jangan biarkan ianya berterusan berlaku! Pernah tak jumpa atau anda kenal tak sesiapa yang di torture oleh suami? 29 tahun saya hidup belum pernah jumpa lagi tapi baru beberapa hari lepas ianya berlaku depan mata saya sendiri! How it happen? Al kisah...
Saya dan hubby menemani my biz partner menziarahi saudaranya di area Kajang. Niat kami bukanlah nak menjual barang atau nak ajak join bisnes tapi sekadar nak bimbing my biz partner how to deal dengan family sendiri bila nak share sesuatu peluang dan ilmu.
Dari langkah pertama saya masuk ke rumah Pakcik Zack (bukan nama sebenar) ni, saya dah feel sesuatu tak best. Biasanya kalau saya ke rumah sedara-mara, si isteri akan sambut dengan penuh ramah, duduk sekejap dengan tetamu borak singkat dan baru ke dapur sediakan makanan. But this one agak berbeza, lepas salam-salam, tanpa bertanya apa-apa, dengan pantas menuju ke dapur. Ok dah start pelik.
Kami dihidangkan dengan nasi dan lauk-pauk yang agak enak. Walaupun masa tu takdelah lapar sangat. Hubby saya jela berselera makan sebab kari kambing feveret depan mata. Lepas makan kami borak-borak. Agak peramah Pakcik Zack ni. Ketawa-ketawa. Saya hanya banyak mendengar. Saya lihat biz partner saya duduk di suatu sudut dengan wifenya berbisik-bisik try berkongsi tentang kesihatan. Saya terpandang wajah wife nya macam ketakutan. Macam tak happy dengan kehadiran kami. Saya pun datang menghampiri cuba explain lebih details. Anak-anak dorang pula langsung tak campur orang duk ramai-ramai di satu sudut bercakap dan bermain sesama sendiri saja.
Hari semakin malam, saya inform husband saya, nak share tak ilmu yang kami tahu kepada tuan rumah. Sebab daripada borak-borak tu saya dapat agak apa yang kurang tentang family ini. Wife ada penyakit kulit dan selalu berulang ke hospital kerajaan amik ubat, anak-anak dorang suka minum air sebab setiap 5 minit datang amik air. Comfirm mereka tiada kesedaran tentang 'air sakit' yang dorang guna everyday.
So, husband saya try la berkongsi tentang 'air sakit' yang menyebabkan masalah kesihatan. Memang niat kami masa tu lebih kepada tanggungjawab sosial sebab dorang adalah family, ada anak ramai. Sanggup ulang-alik keluarkan duit beli air dari mesin yang Kementerian pun tak pernah bagi lesen. Plus ini sebagai khidmat komuniti saya dan hubby untuk share ilmu kami ada kepada family biz partner kami. Dah keluarkan test kit semua, TIBA-TIBA....
"Saya tak suka orang datang nak jual barang. Dalam masa 5 minit sila keluar dari rumah ini!"
Itulah kata-kata pakcik Zack yang wat semua tergamam! Wow, agak rude juga saya rasa sebab masa tu saya fikirkan biz partner saya je sebab tu adalah saudara dia sendiri. Terus kami berkemas, minta maaf dan beredar.
Saya agak speechless. My hubby agak terkejut. Dan my biz partner rasa bersalah dengan kami. Tapi lama-lama barulah kami tahu, this family memang bermasalah. Daripada perbuatan pakcik Zack ni kami dapat agak orangnya jenis suka 'mental torture'. Nampak luaran baik sangat-sangat, tapi rupanya ada 'raksasa' dalam dirinya tanpa orang sedari. Antaranya :
- Jenis torture bini - tak benarkan wife pakai handphone! Nak contact hanya melalui fon suami atau fon ofis saja. Gila ke apa! Ni zaman apa sampai takleh pakai handphone. Tak boleh beli barang sesuka hati walaupun duit isteri haram suami usik walau 1 sen tanpa redha isteri. Semuanya dikawal. Pergi balik kerja mesti follow suami. Kerja di tempat berhampiran. Mesti ada depan mata 24 jam.
- Jenis torture anak - Anak semua bersekolah di kawasan sama. Walaupun jauh sanggup angkut 1 family hantar dan balik sekolah. Mungkin kalau anak dapat offer masuk asrama pun takkan dibenarkan! TV takleh buka langsung. Anak-anak tak dibenarkan bergaul dengan orang lain even saudara-mara di Hari Raya. Mereka haya bergaul sesama adik-beradik sahaja. Akibatnya otak sukar berkembang. Dah besar nanti semua bergantung pada ibubapa untuk uruskan kehidupan. (Bahaya!)
- Jenis kedekut - Tak tukar perabot yang dah rosak teruk walaupun ada duit. Tak suka dengar orang kongsi tentang produk sebab fikir duit akan habis. Tak bagi anak-anak dan wife makan di luar even sebotol air sejuk atau seketul ayam KFC. Mahal katanya! Yang lebih teruk rumah saudara-mara pun tak boleh makan minum sesuka hati! Lebih sanggup ulang-alik beli barang / ubat murah daripada spend untuk kesihatan yang lebih berbaloi.
- Jenis tak hormat orang lain - Tak kisah saudara atau tak, layanan tetap sama. Jarang balik kampung wife (wife nya mengeluh bila ditanya kenapa tak balik kampung). Kesian! Kami tak sempat explain pape, terus dihalau! Ini pengalaman 1st saya hadapi sebab selama ni saya ke rumah saudara walaupun saya tahu pakcik saya tu jenis panas baran, tapi Alhamdulillah kami dididik untuk hormati tetamu. Saya sendiri kalau saudara atau kawan datang nak jual barang sekalipun, tak pernah saya halau, Layan saja dengan baik. Rezeki orang siapa tahu? Mana tahu dapat 1 ilmu baru yang tak pernah kita dengar. Setakat barang RM20-30 beli saja sebagai tanda sedekah. Inilah didikan mak saya yang akan saya ingat sampai bila-bila. InsyaAllah rezeki kita akan dilimpahkan lagi.
Apa yang saya nak sampaikan, if suami anda berkelakuan sebegini, anda berhak untuk bersuara. Sebab tu before kahwin, hari-hari saya berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik dan menghormati orang. Malah dia selalu ajar berbaik-baik dengan orang yang baik. If orang jahat tu lain cerita. Sorry to say memang saya pantang lelaki yang 'kurang ajar' especially dengan wanita. Sebab saya fikir dengan mak nya pun dia akan wat benda sama. Say no to mental torture!
But saya kesian dengan family ni. Minda mereka comfirm tak berkembang. Tak boleh guna handphone. TV ada tapi takleh pasang sesuka hati, tak boleh bergaul dengan orang lain. Nak ke mana-mana pun tak boleh. Tempat kerja-rumah. Serius boleh jadi gila! Very over-protected. Ingatlah, segala-gala yang kita miliki hari ni termasuk anak, isteri, harta, pekerjaan, rumah, kereta, duit, kesihatan semua milik Allah swt. Jangan berharap anak yang kita over-protected itu akan bersama-sama kita tiap masa bila dah dewasa nanti. Bila-bila masa Allah nak ambil balik pun boleh. Jangan sombong dan merasa diri hebat daripada orang lain. Jangan terlalu paranoid dengan anggapan dan kata-kata negatif orang kelak memakan diri sendiri.
Misya : Bahagia tidak boleh dipaksa tetapi perlu dipupuk dengan bijaksana.
selamat malam..lamanya tak jenjalan sini...malam ni melawat semua org :D
ReplyDeletesyira mencari sponsor utk ga akan dtg..boleh PM PAGE FACEBOOK : BLOG SYIRA LOKMAN ^_^
bahaya orang macam ni
ReplyDelete