Monday, September 10, 2012

Kerana seekor kucing, seorang lelaki merempat jadi popular!

Salam semua. Tadi terbaca kisah seekor kucing yang telah berjaya mengubah persepsi seorang lelaki dan seterusnya menjadikan hidup lelaki itu seorang yang berjaya dalam hidup. How come?? Jom baca kisah yang dikongsi oleh page Dunia Kucing.



Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Disini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya.


Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.

James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.

James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.

Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.

Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen

Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.





Unik kan kisah ni? Saya yang baca pun, MasyaAllah.. Sangat kagum. Kuasa Allah s.w.t menciptakan sesuatu untuk kebaikan setiap manusia. Pape pun jadikan ini sebagai inspirasi. Tak bermakna kena bergantung atau menanti keajaiban tiba baru nak berusaha mencapai kejayaan dalam hidup. Pape pun semoga Bob (kucing) sentiasa sihat bersama tuan kesayangannya, James. Sekali imbas macam kucing saya dulu bernama Tommy (gambar sebelah). Gemok dan gebu!!!! huhu..





Cik Misya : Geram tengok kucing gemok.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...