Friday, April 21, 2017

Berkampung di MIMOS seminggu..

Salam. Pernah dengar ke tentang MIMOS? Tak tahu MIMOS tu apa? Ianya tiada kaitan dengan thermos air mahupun momok. hehe. Saya sendiri pun mula-mula tak tahu apa benda MIMOS ni. Until our department deal dengan MIMOS untuk create 1 online system for food safety in Malaysia barulah tahu oh wujudnya 1 company bernama MIMOS ni. MIMOS ni one of the company yang wat research and development dalam bidang ICT untuk government di bawah Malaysian Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). So disebabkan nak bina sistem ni bukan senang, maka setiap seksyen dalam department kami perlu berkampung di MIMOS seminggu untuk berdiskusi tentang work flow kami supaya nak bagi MIMOS faham apa yang perlu diterjemahkan dalam sistem nanti. 


Dah sampai MIMOS.. Agak teruja nak datang sini sebab di ruang legar dia ada pameran tentang sains dan teknologi ICT. Plus agak canggih sebab visitor kena scan pas pelawat macam nak naik tren.

Antara team yang turut terlibat dalam bengkel kali ni. Cayok-cayok!

This is my group..

Final day kebetulan team kami pakai black and white. hehe.

Disebabkan department kami banyak deal dengan public so memang kena discuss betul-betul supaya user sistem tu nanti mudah nak akses dan kami mudah nak proses.

Alhamdulillah seminggu berbengkel, banyak input dan output disalurkan untuk menghasilkan sistem online yang bagus. Bukan senang rupanya nak wat sistem ni. But I believed MIMOS boleh buat yang terbaik. Hopefully..

Inilah bangunan MIMOS. Terletak di kawasan Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil. Actually yang wat saya lagi excited nak datang sebab dulu my husband pernah kerja di kawasan TPM ni juga. Selalu lah jumpa dia lunch date bila kebetulan lalu kawasan sini. hehe..

Ok hopefully this workshop membuahkan hasil. Lama tu berkampung sampai seminggu sampai kerja kat office semua terpaksa ditinggalkan seketika. huhu. Takpe demi tugas. :)

Info lanjut about MIMOS boleh visit http://www.mimos.my/ 


Misya : Teringat sejenis tumbuhan bernama Mimosa Pudica.

5 comments:

  1. First time dengar and tahu pasal mimos bila baca entri ni 😄

    ReplyDelete
  2. saya pun tak tau amenda MIMOS ni sampai baca entry ni, thanks sbb sharing :)

    ReplyDelete
  3. Hi Terima Kasih dan Tahniah kepada Anda Kerana Tersenarai dalam Video Animasi Ucing Nak Try Irama Melayu.(^_^)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...