Aku menangis lagi...:'( Air mataku tak berhenti-henti mengalir daripada semalam.. Tiap saat aku tak boleh lupakan perkara tu. Asyik teringat..
Betapa dia insan yang sangat baik pernah ku kenali. Aku benar-benar menyesal kerana fikirkan bukan-bukan tentang dirinya selama perkenalan kami. Aku tak sangka dia telah mengalami pahit maung kehidupan yang sangat getir selama ini. Baru semalam aku dapat tahu segala-galanya. Tapi di saat itu aku masih kuat dan masih tabah untuk mendengar setiap tutur katanya. Tapi dalam perjalanan pulang tiba-tiba sahaja air mata ku menitis. Mengigil seluruh tubuhku semasa memandu kereta ku untuk pulang ke rumah. Aku kuatkan juga semangat mengharungi kesesakan jalanraya sambil beristigfar. Sesungguhnya ia benar-benar menguji kesabaranku.
Aku tak sangka kehadiranku telah melibatkan si dia susah hati. Siapalah aku untuk dibandingkan dengan seseorang yang sangat baik dan layak untuknya. Walaupun hati ini telah terpaut kepadanya, tapi ternyata aku hanyalah persinggahan sebentar untuknya. Tapi aku pasrah. Kalau benar dia pernah ada sedikit perasaan terhadap ku, aku rasa bertuah sangat2 walapun tak mungkin aku dapat memilikinya. Mungkin ini 1 petunjuk untuk ku. Aku harus membantu nya. Aku tekad! Aku tak mahu lagi ada insan menderita. Aku pernah merasai semua itu. Aku pernah melalui "kesakitan" itu. Walaupun sekarang pun aku sedang melaluinya sekali lagi. Tapi aku tetap perlu menolongnya. Dia tak bersalah. Aku akan cuba cari jalan untuk membantunya. InsyaAllah..
Tapi sesungguhnya, aku sangat sedih.. Sedih yang teramat. Entahlah.. Mungkin sebab aku sudah mula sayangkan dia. Aku simpati dengan nasibnya. Aku tak mahu tengok dia menderita lagi. Aku nak lihat dia bahagia bersama orang yang sepatutnya. Dia adalah manusia yang paling baik dan gadis itu sememangnya terbaik untuknya. Bukan aku.. Sebagai kawan yang menyayanginya, aku harus membantunya. Itu lah azam ku sekarang. Niatku hanya 1, ingin melihat dia berbahagia.. dan gembira buat selamanya. Kerana.. Aku cintakan dia.. Tapi biarlah aku simpan perasaan ini. Aku takkan beri pada sesiapa lagi perasaan ini. Sesungguhnya aku takut dikecewakan dan mengecewakan lagi. Cukuplah buat masa ini.. Dia lah cinta terakhir ku.. :'(
~Syahirah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tune Hotel KLIA2 || My Review
Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...
-
Salam. Wow segmen lagi! Huhu patah pinggang juga saya ni dok ngadap lappy join segmen. Hehe Takpe, demi sokongan kat blogger-blogger luar t...
-
Salam semua. Diam tak diam rupa-rupanya tahun 2020 ni adalah tahun ke 10 sis bergelar seorang blogger (sambilan). So, sebagai tanda sis meng...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.