Friday, September 17, 2010

CeRiTa SyAwAL SyAhIrAh:)

Fuh, fuh...! Tiup-tiup jap. Wah, sudah berhabuk blog aq ni rupanya.. huhu.. Dah lama tak update aktiviti ku dlm blog ku ini. Em actually aku terlalu busy dgn tugas harian dan tanggungjawab ku.. Alhamdulillah, selesai sudah umat Islam di dunia ini menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang lalu dan telah masuk minggu kedua Aidilfitri..

Sesungguhnya, Ramadhan kali ini memberikan ku ketenangan dan muhasabah diri yg terbaik utk menyucikan diri dan hati. Aku berpeluang menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran di pejabat sekaligus khatam 30 juzuk Al-Quran, dapat menjalankan tugas dengan baik di pejabat dan di rumah, melakukan ibadah2 sunat dan yang paling penting, akulah orang yang paling gembira untuk menyambut Syawal kali ini.. Bermacam-macam peristiwa menggembirakan berlaku dalam hidup ku. Alhamdulillah aku semakin dapat melupakan perkara-perkara pahit yang lalu, dan kini aku bangkit meneruskan kehidupanku. InsyaAllah berkat doa ibu ayahku, sokongan kawan-kawan dan semangat yang ada pada diriku ini, akan ku tempuh kehidupan yang penuh dugaan ini.. Cuma 1 je yang takkan ku lupakan.. (N tak mungkin aku akan melupakannya sampai akhir hayat..)

Tahun ini, 1 Syawal sangat bermakna apabila jatuh pada hari lahir ku iaitu 10 September.. Memang akulah paling sakan melakukan persiapan raya di rumah. Buat kuih raya, siapkan baju raya untuk family (tolong gosok je) ahakss.., pasang langsir, beli macam2 kelengkapan untuk rumah dan lain-lain. Tak kisahla berbelanja lebih sikit asalkan dapat menggembirakan family ku.Tambahan, adik-adik ku pulang bercuti lebih awal. Jadi memang meriah rumahku. Dan kebetulan sepupuku yang baru sahaja mendapat kerja sambilan di Putrajaya menumpang seketika di rumahku. Jadi, rumah ku takdela sunyi..:)

Pada 1 Syawal, selepas solat sunat aidilfitri, kami sekeluarga bermaafan.. Syahdu sangat2 tatkala aku memeluk ayahanda dan bonda ku.. Aku doakan mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin.. Selepas itu, sempena hari lahir ku dan kebetulan ayahanda ku juga menyambut hari jadi ke-55 tahun pada 6 September, kami pun berkongsi memotong kek hari jadi.. Alhamdulillah dipanjangkan usia kami.. Genaplah aku berusia 24 tahun.. Sweet 24th! ahakss...;)
Birthday Cake "Bolton Cheese"

Em itu lah kira kenangan raya paling manis bagi ku..:) Tapi... ada satu lagi kenangan manis..! jeng3x...;) Alhamdulillah genap 31 Ogos yang lalu bersempena hari Kebangsaan Malaysia yang ke-53, aku terbuka hati untuk menerima seseorang dalam hidupku.. Setelah aku berfikir semasak-masaknya, kenapa aku tidak memberi peluang pada seseorang yang sebenarnya ambil berat tentang diriku tanpa aku sedari.. Yang sentiasa buat aku ketawa dengan jenakanya.. Yang sentiasa memberi pendapat dan semangat tiap kali aku ditimpa masalah. Kira tak kering gusi lah! huhu.. Yela, sejak aku dikecewakan oleh insan yang kaya harta tapi miskin dengan hati dan perasaan, aku jadi fobia untuk ada apa2 hubungan dengan mana2 lelaki. Aku berharap aku dapat terima si dia dengan sepenuh hati. InsyaAllah.. Aku masih belajar lagi dan kalau ada jodoh, takkan kemana.. Yang paling tak ku sangka dalam pada-pada perangai gila2 dia tu, sempat juga dia hadiahkan ku teddy bear yang sangat besar!! Aku terharu sangat2.. Seumur hidupku tiada siapa pernah beri aku hadiah bufday "sebesar" tu. haha.. 
See.. Lebih besar dari badan aku!:p

N untuk rakan-rakan yang wish birthday untuk ku, terima kasih sangat2.. I really appreciate it.. Yang wish awal pun ada.. Terharu sangat2..:) Aku berharap kehidupanku bertambah baik selepas ini.. Dan kepada sesiapa yang aku pernah wat salah dan silap, aku mohon ampun dan maaf banyak2.. N pada sesiapa yang masih lagi ada rasa tak senang dengan ku (@en. T?y?l), buat2lah bertaubat dan sucikan hati.. InsyaAllah, anda akan beroleh ketenangan tak terhingga.. Kalau tak, ke neraka la anda jawabnya. huhu. 

So, selamat hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin.. 

p/s: Duit raya hanya untuk mereka2 @ saudara-mara yang masih melanjutkan pelajaran sahaja yakni yang belum bekerjaya. huhu.. Tapi kalau nak kuih raya, datangla ke rumah..:)

~syahirah~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...