Salam semua.. Tengah watpe tu? Mesti ramai menunggu-nunggu ketibaan tahun baru 2012. Tak gi countdown ke? Sorrylah aku tak berminat nak ke tempat sebegitu. Cukuplah berdoa dan bersyukur dipanjangkan usia ke tahun baru..
Hari ni cuti, so aku pun luangkan masa with my Mr. J. Lepas ke wedding my friend dan menyelesaikan beberapa perkara kitorang pun gi la Alamanda.. Try tengok showtimes kat wayang, banyak gak movie menarik tapi sayangnya waktu tak berapa nak mengizinkan. Last-last aku pilih cerita Jack and Jill. Walaupun dalam hati takdelah teringin sangat nak tengok cerita ni. Layan jela..
Rupa-rupanya movie ni mengisahkan suka duka kehidupan sepasang kembar lelaki dan perempuan bernama Jack and Jill. Dan sememangnya sepanjang menonton lebih kurang 1 jam setengah kitorang tak kering gusi!! Kelakar sangat-sangat. Especially watak Jack dan Jill dilakonkan oleh pelakon yang sama iaitu Adam Sandler. Serius memang tabiklah sebab berjaya membawa 2 karakter berbeza dalam masa yang sama. Plus penampilan khas wife Tom Cruise yang comel Katie Holmes sebagai wife Jack.
Di awal dan akhir movie ni diselitkan kisah lucu beberapa pasang kembar dengan pelbagai gelagat dan perangai. Tak sangka ramai juga kembar dalam dunia ni. Suka sangat tengok kembar dari dulu lagi. Sampai aku pernah mengimpikan untuk dapat anak kembar bila dah kahwin nanti. huhu. Mesti comel!=)
Comel kan? huhu..
Cik Misya : Aku ada makcik kembar yang dibezakan melalui tahi lalat di muka..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.