Salam. Ahha, siapa kat sini jenis yang suka menyimpan barang sampaikan tiada space lagi nak letak? Ataupun barang yang bertahun-tahun tak pernah pakai tapi sayang nak dibuang sampaikan barang tu dah rosak, lusuh dan reput? Nasib baiklah saya bukan kategori orang sebegini sebab saya memang tak suka simpan barang-barang lama sampai last-last tak gunakan pun - dah ke arah pembaziran pun ada. Then jadi sampah dan tempat pembiakan makhluk-makhluk tak sepatutnya. So, buat sesiapa yang ada sikap "sayang nak buang barang", bolehlah amalkan tips ni.
1. Hargailah orang tersayang terlebih dahulu.
Why? Sebab apa sahaja kat dunia ni memang bukan milik mutlak kita tapi milik Allah swt. Kita sayangkan sangat-sangat barang tu tapi kita lupa ada benda lain yang patut kita sayang. Apa dia? Suami/isteri, anak-anak, ibubapa, family, haiwan peliharaan dan sesiapa saja di sekeliling kita. Tuhan tu maha adil. If kita sayang barang (benda tak bernyawa iaitu harta benda melebihi segalanya), tak mustahil Allah akan ambil balik orang yang kita sayang. Banyak dah saya jumpa, orang yang jenis sayang barang ni mesti akan ada sesuatu yang kurang - contohnya ahli keluarga meninggal dunia atau family berantakan atau anak-anak degil dan sebagainya. Tapi ramai tak perasan walaupun yela kita kata ajal maut di tangan Allah. Tapi kena ingat Allah tu maha adil. Hargailah orang tersayang terlebih dahulu berbanding harta benda:)
2. Anggap barang tu bukan rezeki/milik kita
Kita membeli macam-macam barang tapi last-last tak pakai pun. If barang tu masih elok, mungkin ianya bukan milik kita. Maybe untuk disedekahkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Contohnya hantar ke rumah anak-anak yatim atau dermakan kepada orang susah. Nak cari orang susah ni tak perlu jauh-jauh even ahli keluarga sendiri pun kadang ada yang susah. Contoh pakaian yang still elok, bagilah pada anak buah terdekat atau perabot yang masih kukuh dan boleh digunakan, bagi pada saudara-mara yang baru kahwin untuk mulakan kehidupan. Maybe Allah pilih kita untuk beli sesuatu barang tu sebab kita ada duit lebih tetapi barang tu sebenarnya milik orang terdekat yang lebih memerlukan. Dapat tambah pahala.
3. Jangan malas!
Ini yang paling penting. Kena rajin-rajinkan diri untuk sentiasa sorting barang-barang yang kita ada. Jangan sampai 10 tahun baru lah nak sorting. Sorting ni maksudnya pilih dan tapis barang-barang yang kita ada. After 5-10 years nak sorting, masa tu barang-barang tu mesti dah rosak. Time ni nak sedekah pada sesiapa dah tak berguna. Sayang nak buang, simpan lagi lama-lama jadi sampah sarap. At least setahun sekali kena sorting. Jadi takdelah banyak sangat barang disimpan. Then simpan dan susun di tempat yang proper dan mudah dicari. Sometimes kita terbeli barang yang sama banyak kali sebab terlupa simpan barang asal kat mana. Kan membazir tu.. Takde masa nak sorting? Sebab tu kena tengok poin No. 4 berikut.
4. Kawal nafsu berbelanja.
Yang ni memang kadang-kadang sukar dikawal. Rasa-rasa ada duit lebih dalam poket, mesti nak membeli sesuatu tiap kali keluar ke mana-mana. Dulu pun saya ada tabiat sedemikian. Kemudian atas kesedaran sendiri, saya semakin terkawal berbelanja. How? Setiap kali membeli, saya akan fikir masa akan datang- means barang tu saya akan pakai sampai bila, untuk apa? Kalau takat nak melaram untuk certain time, hentikanlah membeli. Duit tu boleh simpan untuk beli benda lain yang lebih penting. Plus kalau kita jenis pemalas nak sorting barang, henti-hentikanlah tabiat berbelanja tanpa hala tuju. Pakai apa yang ada.
5. Mesti ada sikap pembersih
Biasa kalau kita pergi rumah orang, kita boleh agak orang tu jenis camne kan? First impression masuk rumah pun kita boleh agak tuan rumah jenis pembersih atau tidak. Soroklah camne sekalipun, tetamu boleh hidu tuan rumah jenis pengemas dan pembersih atau tak. Tak suka orang datang rumah? Pelik tu.. "Tetamu" ni bukan manusia je. Malaikat, jin, iblis, syaitan, makhluk perosak, binatang buas. Kalau rumah kita kotor, bersepah, rasa-rasa apa benda yang suka duk dalam rumah kita tu? Malaikat pun taknak masuk so camne nak ada keberkatan dalam sesebuah keluarga rite?
6. Fikirkan keselamatan diri dan keluarga.
Yang ni berkaitan dengan barang-barang yang ada expired date. Contohnya makanan, alat solek, skincare, toiletries dan bahan-bahan kimia. Kena tahu barang-barang ni semua ada tarikh luput! Alat solek dan skincare biasanya tahan paling lama 3 tahun. Tapi jangan sebab sayang, simpan juga lipstik bertahun-tahun tak pakai. Ada sebab kenapa takleh pakai after 3 years. Tindak balas kimia dalam bahan tu mungkin akan menyebabkan keselamatan dan kesihatan diri kita terancam. Dari segi rupa dan tekstur produk maybe nampak elok but kadang-kadang tanpa kita sedari, dia maybe boleh mengeluarkan gas berbahaya atau tindakbalas kimia dalamnya boleh menyebabkan alahan atau keracunan. Plus barang tu maybe dah ada kesan najis haiwan perosak seperti tikus atau lipas yang sangat berbahaya untuk kesihatan. Kalau rasa tak sayangkan diri dan family, teruskanlah menyimpan barang-barang tersebut.
7. Didikan ibubapa
Perkara ni sebenarnya bergantung kepada didikan atau tahap asuhan ibubapa itu sendiri. Kalau ibubapa sendiri jenis tak suka mengemas, then suka menyimpan barang-barang, confirm anak-anak akan terikut tabiat yang sama. Even dari baby pun boleh didik anak supaya jadi pengemas dan pembersih. Kena displin. Jangan ada habit takpela, tak kisah, nanti-nantilah, bila-bila boleh buat - bad attitude! Hasil didikan ni bukan saja akan kelihatan di rumah tapi di tempat kerja, asrama sekolah dan lain-lain tempat. Ibubapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak.
8. Mati nanti tak boleh bawa masuk dalam kubur
Huhu agak kasar tips ni tapi memang betul kan? Simpan banyak-banyak barang, bila kita meninggal dunia nanti nak buat apa? Barang mungkin dah rosak, takleh nak sedekah kat sesiapa dah. Pastu menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup untuk tolong pilih dan kemaskan barang-barang kita. Yang dibawa selepas mati hanyalah amalan kita. Barang tak pakai menimbun tu tak muat pun nak masuk dalam liang lahad. Ingatlah, bila kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga dipermudahkan.
9. Masih tak berkesan? Anda sebenarnya ada penyakit mental yang dipanggil Hoarding Disorder
7. Didikan ibubapa
Perkara ni sebenarnya bergantung kepada didikan atau tahap asuhan ibubapa itu sendiri. Kalau ibubapa sendiri jenis tak suka mengemas, then suka menyimpan barang-barang, confirm anak-anak akan terikut tabiat yang sama. Even dari baby pun boleh didik anak supaya jadi pengemas dan pembersih. Kena displin. Jangan ada habit takpela, tak kisah, nanti-nantilah, bila-bila boleh buat - bad attitude! Hasil didikan ni bukan saja akan kelihatan di rumah tapi di tempat kerja, asrama sekolah dan lain-lain tempat. Ibubapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak.
8. Mati nanti tak boleh bawa masuk dalam kubur
Huhu agak kasar tips ni tapi memang betul kan? Simpan banyak-banyak barang, bila kita meninggal dunia nanti nak buat apa? Barang mungkin dah rosak, takleh nak sedekah kat sesiapa dah. Pastu menyusahkan ahli keluarga yang masih hidup untuk tolong pilih dan kemaskan barang-barang kita. Yang dibawa selepas mati hanyalah amalan kita. Barang tak pakai menimbun tu tak muat pun nak masuk dalam liang lahad. Ingatlah, bila kita permudahkan urusan orang lain, insyaAllah urusan kita juga dipermudahkan.
9. Masih tak berkesan? Anda sebenarnya ada penyakit mental yang dipanggil Hoarding Disorder
So, buat anda yang ada masalah sayang/sukar nak buang barang ni, diharap tips saya beri ni sedikit sebanyak dapat beri panduan. Tips No. 1 tu yang paling utama sebenarnya. Selalu berpegang kepada Allah maha adil. Kita sayang sesuatu melebihi tahap sepatutnya, so Dia akan ambil benda lain yang kita tak berapa sayang/tak ambil peduli. Especially golongan mak-mak yang selalu anak-anak nasihatkan untuk kemas barang tapi degil juga nak simpan. Semuanya terletak pada fikiran dan attitude masing-masing. :)
Baca Juga : Tips Membersihkan Rumah
Misya : No mercy dalam bab membuang barang.
pernah tengok jugak pasangan tua yang beli barang sebab rindukan anak2 so diorang kumpul barang sampai tak boleh bergerak dah
ReplyDeleteWah, tip-tip yang boek~ tengok tajuk je, uish, memang kena dengan nik. Thanks cik misya atas tip-tip yang diberikan
ReplyDelete(lagi-lagi tip no. 9-hahaha)
boleh guna tips ni
ReplyDelete@farhanna jafri Pernah juga jumpa.. Kesian mmg kesian tapi if dari muda da terbiasa mmg akan trbawa sampai hari tua. Kalau dari muda dia fikir dpd beli brg byk2, better simpan duit untuk gi umrah/haji atau cover kos perubatan alangkah baiknya begitu.
ReplyDelete@Nik Ailya Saffaa Nik Hisham hehe hope dpt membantu nik.:)
ReplyDelete@Raihanah Ahmad boleh2.. silakan.:)
ReplyDeleteni kalau tak berkesan juga tak tau nak kata apa dah la hehe. thanks for sharing
ReplyDelete