Salam. Siapa sini pergi MAHA 2018, angkat tangan? hehe.. Buat penggemar ekspo besar-besaran macam MAHA ni confirm hadir punya. Almaklum event MAHA ni sekali setiap 2 tahun. Saya ni takdelah suka sangat tapi kebetulan Puspanita di office buat trip ke MAHA, ambil peluang la join sekaki. Sebab if nak gi sendiri-sendiri dengan ada baby nya lagi, rasa tak sesuai. MAHA ni besar and kena naik tram/bas untuk ke sana ke mari. Tunggulah baby dah besar sikit bolehlah. So saya enjoy jela MAHA tahun ni dengan my officemate, Kak Rizaiton. Cuma disebabkan masa yang suntuk, kami hanya dapat visit Rumah Negeri dan Pameran Livestock (Haiwan Ternakan).
Excited naik bas rombongan macam nak pi jauh je. MAHA kat Serdang je pun. Haha..
Antara tempat terawal kami singgah adalah Rumah Negeri. Kat sini semua negeri ada rumah pameran memasing.
Booth paling meriah adalah booth negeri Perak. Siap ada show tarian lagi.
Dah nama pun ex-dancer, excited la bila tengok orang wat show tarian.
Excited pulak tengok labu sayong gergasi ni.
Next kami pi rumah Kedah.
Dapatlah psoing atas replika istana Kedah
Next kami pi naik Bukit Bendera, Penang. Haha..
If betul-betul ada kabel car ni kan best.. huhu. Kak Riz dok cari laksa Penang tapi tak jumpa.
Rumah Johor.. Biasa-biasa saja. Ingatkan kot ada tarian zapin. hehe..
Ni antara yang menarik la dalam rumah Johor.
Takyah naik flight dah sampai Rumah Sarawak.
Kebetulan ada show music instrument - Sape
Rumah Pahang.
Next destination kami ke tempat pameran haiwan-haiwan.
Kucing pun ada..
If nak beli burung pun ada jual.
Tarikan utama di MAHA 2018 adalah pameran lembu sado. Bukan abam sado tau. hehe
Special lembu-lembu kat sini nama taknak kalah. Salah seekor bernama Putra. huhu
Masa saya datang lembu-lembu semua tengah berehat.
Bermacam jenis unggas dipamerkan.
Kat sini ada kambing, ayam.. Which boleh masuk RM5.00 per entry. If bawa anak-anak kecil sesuai lah ajak dorang bermain ngan kambing, ayam semua tu.
Itu sajalah kenangan saya ke MAHA 2018. Shopping pun tak sempat! Wakaka.. Takpelah selamat duit. hihi..
Misya : Aktiviti sihat keluar peluh sekali-sekala.
Gi sana nak tenguk binatang2 ternakan aje
ReplyDelete