Thursday, December 27, 2018

Avoid makan di Saba Restaurant, Cyberjaya?

Salam. Bertahun-tahun Saba Restaurant di Cyberjaya ni sejak dibuka dan dah famous diviralkan, baru kali pertama saya dapat makan di sini. Kebetulan my officemate Kak Rizaiton teringin nak makan nasi Arab so dia ajaklah saya follow sekali teman. Mula-mula sampai tengok ramainya customer. Which keramaian ni lah yang wat saya tak pernah singgah makan kat sini sebelum ni. Huhu. But rezeki kami ada seat untuk kami berdua. So merasalah makan makanan Arab di Saba Restaurant ni. 


 Menu utama kat sini of course Nasi Arab. Kak Riz memang biasa makan di sini sebab nasi Arab nya sangat sedap katanya. And kualiti kekal sama dari dulu. 

Patutlah ramai orang restoran ni sebab memang sedap Nasi Arab ni. Kami order Nasi Arab Kambing. Share 2 orang sepinggan ni sebab portion dia sangat banyak. Then boleh ambil sendiri kuah yang kita nak kat station disediakan. So nak ambil banyak mana pun ambillah.


Saya seperti biasalah if makan kat kedai Arab, menu wajib order adalah Chicken Shawarma. Nasib baik ada. Sebab mostly susah nak cari Shawarma ni. 

Shawarmanya sedap seperti di tempat lain. 

Benda alah ni one more yang wajib saya order. Garlic Sauce! Cicah dengan Shawarma or french fries, perghhhh sedap sangat-sangat. Lemak-lemak masam gitu, memang terangkatlah! haha..


Minuman saya order Carrot Susu. Rasa dia agak unik maybe dia pakai susu cair kot. huhu. Tapi sedap. 

Ni lah my friend Kak Rizaiton. Dah bergelar Hajah tau. Selalu juga termotivated dengan kisah-kisah beliau menghadapi liku-liku kehidupan sebagai seorang single mom. Anak beliau bergelar seorang doktor dah sekarang. Tabik spring!

Selalu juga lepak-lepak ngan Kak Riz ni. Sonok juga berbual melepaskan tension kerja di office. Sambil-sambil membawang! Wakakaka...

Tengoklah suasana restoran ni. Full house! Maybe sebab kami datang waktu lunch hour tu yang ramai. Plus tengah cuti sekolah, ramailah datang bawak family.



So bolehlah datang tempat ni untuk makan makanan Arab. Cuma saya personally kurang gemar if terlalu ramai camni. If diberi pilihan saya akan avoid untuk datang. Sebab tak suka bersesak-sesak dalam suasana agak crowded ni. Tu saya lah. Kalau anda ok ramai orang proceed je. Because makanan dia memang sedap thats why ramai orang datang. Service tiptop walaupun ramai, laju juga pekerja dia melayan kami. Dulu pernah sampai orang beratur tunggu giliran nak masuk. Pape pun kipidap tu Saba Restaurant. Moga terus maju..


Misya : Sabar itu separuh daripada iman.

8 comments:

  1. samalah, shu pun kalau boleh tak gemar bersesak-sesak ni, kalau boleh book awai, memang shu akan book.

    ReplyDelete
  2. Saya pun kurang suka kalau tempat makan tu terlalu penuh, tambahan kalau makan dengan anak2.

    ReplyDelete
  3. wa.. sedap.. pernah sekali je makan kat situ kalau x silap. masa berbuka puasa dengan budak2 ofis..

    ReplyDelete
  4. samalah dengan sha haha tak kisah la viral cemana pun, kalau ramai takpalah gi cari tempat lain je

    ReplyDelete
  5. Kalau makan kat kedai makanan Arab, saya mesti cari garlic sauce dia sebab suka makan fries dengan garlic sauce.

    ReplyDelete
  6. Ràmai sngat bimbang lambat dpt mkn jer..sejenis tak boleh sabar kihkih

    ReplyDelete
  7. Seriously saya tak pernah lagi mkn asi arab sb kat tpt kiter mmg takda kedai camtu, nampak sedap ek

    ReplyDelete
  8. Cikla ada juga makan di sini dulu. Kedainya memang tak pernah tak penuh.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...