Salam. If kebosanan makan tipikal makanan like nasi untuk dinner, saya suka makan Shawarma. Antara tempat jual Shawarma yang selalu saya gi adalah di Restoran Nasi Ulam Ieda di Presint Diplomatik, Putrajaya. Unik kan kedai nasi ulam tapi jual shawarma? Kedai masakan Kelantan tetiba ada menu Arab la pula. hehe.. Actually shawarma ni dibuka waktu malam je. Owner restoran open booth khas untuk shawarma ni. So sesape tercari-cari shawarma kat Putrajaya, bolehlah try this one.
Ada shawarma ayam dan daging. Boleh request shawarma cheese. Favourite saya of course shawarma ayam cheese. Jatuh cinta since balik dari Taiwan last time. huhu.. Shawarma ni sesuai juga untuk orang berdiet. Sebab dia tak heavy sangat. Just nice la untuk perut. Ada ayam, sayur, garlic sauce and roti prata. Nampak macam kebab tapi rasa dia sangat different berbanding kebab. Dan lebih sedap! hehe..
If tercari-cari restoran ni berhadapan dengan Watson Presint Diplomatik. Actually bukan shawarma je dijual. Ada burger, dan of course makanan ala carte yang lain. Siang ada nasi kukus dan nasi ulam. Bolehlah datang if nak cuba.
Misya : Perpaduan tercipta.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.