Monday, November 30, 2020

KFC Crunchy Tandoori sedap tapi cukuplah makan sekali..

Salam. Semalam sis try makan KFC flavour terbaru iaitu Crunchy Tandoori. Sebab terpengaruh tengok iklan kat TV plus memang dah takde idea nak masak apa. Hehe.. Apa lagi, order KFC online je. Tak sampai setengah jam terus sampai! Kagum jap. Tapi maybe sebab tak banyak order kot. 

Kalau tengok dalam iklan, beginilah rupa dia. Sebut je Tandoori of course terbayang-bayang rasa ayam rempah ala-ala restoran mamak tu kan? Sis pun sama cuma tak boleh imagine dalam bentuk ayam KFC. Hehe. So thats why sis try. 

Om dari segi rupa almost exactly the same colour and texture. Sekali imbas ala-ala Ayam Goreng McD pun ada. Oopss! Hehe.. Sebab warna dan kegaringan kulit luar dia seakan-akan sama. Sis order online je so ginilah gaya hidangannya. Hehe. Dinner plate - 3 ketul ayam with mash potato, coleslow and drinks.

How about it taste? Bagi sis ianya tidak mengecewakan. Sis suka part rempah tandoori tu memang terasa especially bila makan part kulit ayam. Crunchy plus rasa spicy tandoori tu memang sis suka. Cuma untuk order lagi for the next time tu I don't think so. Cukup kot rasa sekali. Yang penting pernah rasa. Hehe. Sedap memang sedap tapi bak kata my husband, ayam tandoori kedai mamak lagi better kot. But maybe if penggemar ayam tandoori atau memang pencinta semua flavour KFC pasti suka. Lain tekak lain citarasanya. 

By the way good try KFC. Always berinovasi dengan tekak orang Malaysia ni. Hehe. Kipidap!

Overall sis bagi 3/5 bintang untuk KFC Crunchy Tandoori! Happy Deepavali! 

Misya : Perisa nasi kandar takdak ka?

8 comments:

  1. LeYa pun makan masa hari Ahad hari tu. Yes! LeYa pun suka kan nye.. Tapi tak utk Incik husband, Mr. Otomen.. Die cakap better ayam tandoori betul2. Hahah..

    ReplyDelete
  2. saya pun dah cuba haritu, boleh la boleh la hehe

    ReplyDelete
  3. Saya dah try. Rasa memang sedap tapi tak boleh lawan ayam tandoori yang kita biasa makan😅.

    ReplyDelete
  4. sisyat ketinggalan ketapi ke ni..hehe
    baru tau ada tandoori ni..kena try if ada lagi kat KFC :-)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi KFC ayam tandoori ni. Nanti ada kesempatan Cik TK pula nak cuba

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...