Sunday, November 22, 2020

Pelawak Pak Lah Cecupak Meninggal Dunia

Salam. Allahu mendapat khabar berita sedih tentang one of my facebook friend, pelakon dan pelawak Pak Lah Cecupak yang meninggal dunia hari ini kerana menghidap kanser usus sejak Julai lalu. 

Sis menulis ni sebab arwah adalah artis pertama yang pernah wish Happy Birthday kat sis. Dan everyday memang arwah akan wish birthday kat anyone yang celebrate birthday dalam FB beliau. Masa dalam PKP around Mac lalu memang sis ada ternampak beliau update status tentang kesihatan beliau dan perlu ulang-alik ke hospital untuk diagnose apa penyakit beliau. Sis ingatkan maybe sakit-sakit biasa saja. Then after that sis dah jarang nampak beliau update status atau sis yang tak perasan status beliau. Tahu-tahu hari ni dapat berita sedih ni. 


Menurut Berita Harian, Pak Lah atau nama penuhnya Nor Affendi Nurdin meninggal dunia pada usia 53 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 11.07 pagi tadi. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak. 

Mungkin ada yang tak kenal dengan Pak Lah Cecupak ni. Which beliau ni dulu terkenal dengan kumpulan lawak Cecupak seangkatan dengan kumpulan Senario masa tu. Now ahli kumpulan Cecupak membawa haluan masing-masing dan yang masih aktif keluar TV adalah Ropie. Pak Lah ni pula setahu saya dia banyak bekerja di belakang tabir dan terlibat dalam mencipta lagu. 

Actually terkejut dengan berita ni. Rasa macam baru je beliau tegur sis di FB sempena my birthday beberapa tahun lepas. Kira beliau antara artis yang tak sombong dan rajin layan peminat walaupun beliau tak sepopular dulu. 

Ucapan takziah buat keluarga arwah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al fatihah..


Misya : Sis tak popular. 

2 comments:

  1. Al Fatihah ..moga Allah merahmati rohnya.

    ReplyDelete
  2. allahu..terkejut..takziah dan moga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..amiinn

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...