Sunday, November 22, 2020

Penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19

Salam. Baru sahaja tadi pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar dikhabarkan telah didapati positif virus Covid-19 di laman instagram beliau. Sis agak terkejut sebab sis antara yang mengagumi bakat Alif Satar ni plus beliau pun bersih daripada sebarang kontroversi. Bila dapat tahu tentang ni, terus rasa nak share berita ni.

Di dalam posting beliau juga menyatakan kerisauan terhadap keselamatan isteri dan anak-anak, rakan-rakan di set penggambaran dan kontak rapat dengan beliau. Alif Satar memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan berharap diberi kesembuhan dan kekuatan sepanjang menjalani rawatan. 

Alif juga memaklumkan sedang menjalani proses kuarantin cuma tidak dinyatakan lokasi sebenar beliau.

Di ruangan komen, rakan-rakan artis, para peminat malah YB Khairy Jamaludin pun turut memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar Alif sembuh segera.


Hari ni kes positif terbaharu Malaysia mencatatkan 1096 kes manakala kes sembuh adalah sebanyak  1104 kes. Allahu bilalah nak surut ya wabak pandemik Covid-19 ni ya? 

Jom kita sama-sama doakan Alif Satar dan seluruh dunia bebas daripada Covid-19 ni supaya kita semua boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Buat Alif Satar, stay strong and stay safe. Moga cepat sembuh dan boleh beraksi kembali! 

Misya : Bukan Alif Aziz atau Alif Shukri.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...