Friday, March 4, 2011

jOb AttaCHmeNt, gOOd buT...;)

Ahlan wasahlan..=)

Em kali ni aku nak cerita sikit tentang kerjaya aku sebagai Food Technologist kat Kementerian Kesihatan Malaysia a.k.a KKM.. Beberapa minggu ni aku perlu meng"attach"kan diri aku kat setiap seksyen di bawah jabatan aku. Memang every officer yang baru bertugas (permanent position) perlu involve dalam program attachment ni. Every section must be attached in two weeks. And everyday will be one officer will evaluate you. So, everyday kena ada daily report sebagai bukti kita attach dengan mana-mana officer yang berkaitan. Korang mesti pening kan dengan cerita aku ni? haha.. 

Actually aku dah 2 minggu attach dengan seksyen "kesayangan" aku.. hehe.. So hari ni aku rasa aku diberi tugas yang agak mencabar oleh pegawai penyelia aku iaitu Kak Bib. hehe.. Kalau dengar je tugas dia, macam senang iaitu buat sijil. Yes, buat sijil.. Just edit template sijil sedia ada, then print! Mudah kan?;) But in reality, ianya tugas sangat mencabar buat aku. huhu.. Nape plak?? 

Memang pada dasarnya mudah.. Daripada experiences aku pun, aku bukan tak pernah buat sijil. Sijil pengiktirafan yang kedebabom lagi tuh. Tapi sijil yang ni, susah sikit nak buat. Sebab apa, ia melibatkan certificate yang agak complicated. Wording, font, informations yang diperlukan, kertas sijil and macam-macam lagilah. Patutla bila kak bib tumpang print kat tempat aku, dia macam stress. huhu. Memang susah sebenarnya apabila spacing dan margin yang kita dah buat cantik-cantik, terus lari and tak ikut ukuran yang betul!! Memang sakit hati.. Dengan printer aku yang ink nya ibarat hidup segan mati tak mahu. Melambatkan proses dan membazir banyak kertas. Memang tak efisien! huhu.

Tapi actually aku sendiri pun tak tahu nape tugas ni jadi payah. Walhal print sijil je pun. Tu pun nak jadi isu kan??:p Mungkin aku terlalu stress ngan macam-macam kerja sedia ada ditambah ngan tugas tambahan attachment, memang rasa exhausted sangat-sangat. Balik rumah terus lembik je badan. Mana taknya, everyday lebih 100% fikiran dan fizikal tertumpu pada workload yang terlampau banyak. Nak lunch pun tak sempat kadang-kadang. Camne badan aku tak cepat kurus? huhu..

Tapi pape pun program attachment ni bagus sebenarnya. Dalam 2 minggu ni sahaja, dah macam-macam aku belajar. Daripada isu Food Handlers Training Program (ni memang takleh tinggal. huhu), buat garispanduan, Program Susu Sekolah 1 Malaysia, and Persijilan + Perlesenan. So sape-sape nak apply sijil HACCP ke GMP ke, lesen air ke, lesen ais ke, takpun nak jadi trainer untuk Latihan Pengendali Makanan boleh hubungi..... dorang..(bukan aku:p) hehe.. Terima kasih buat officer-officer yang sudi jadi penyelia aku untuk seksyen ni. Xie-xie ni.. (En. Hadi, Shah, Kak Afaf, Kak Siti Aminah, Sabrina, Aifa, Shuba, Nazri, Kak Bib and Kak Ecot). Sok last day attach ngan seksyen ni. Maybe ngan En. Deen plak kot. Pape pun thanks to them!! Really appreciate all the knowledges that i get from uols. huhu.. Next week dengan seksyen lain plak. Takpe, i will be back!! hehe.. 

Okla, dalam pada aku sibuk-sibuk ni sempat juga aku update blog ye. huhu. Ni kat rumah lah..:p Tapi sambil-sambil ni aku wat kerja office gak tau. Tak sempat siapkan kat office. Seriously aku dah jadi workholic sekarang ni. Risau gak. Yela nanti sibuk ngan kerja, dah tak tengok dunia lain. Harap-harap aku tak jadi macam tu. Aku kerja sebab nak cari rezeki. Ni pun terpaksa juga join pape contest untuk jadi model. Kot-kot ada rezeki dapat jadi model, dapatlah buat simpanan untuk kahwin nanti. Itu je niat aku. Kerja + kumpul duit = masa depan (Kahwin & etc)^__^

Doaku... Ya Allah Ya Tuhanku.. Berikanlah aku keimanan dan ketaqwaan yang jitu, kesihatan yang baik, semangat yang tinggi untuk hadapi cabaran dan dugaan, kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat serta jauhkanlah diriku dari kesempitan hidup mahupun penganiayaan manusia atau bukan manusia.. Amin Ya Rabbal Alamin....


Cik Mesya : Orang kata kerja kerajaan ni relaks. Itu semua mitos dahulukala untuk kondem orang kerajaan. Mungkin dahulu ye, but now generasi kini kena bekerja keras secara berganda untuk perbaiki kelemahan dahulu dan mengejar pencapaian tertinggi untuk masa hadapan. Serius, tiada bezanya keje gomen mahupun swasta..

3 comments:

  1. agree dgn opinion u yg kta keja gomen or swasta dah sama berat je skrg! tk rilek pun.. i'm government servant.

    ReplyDelete
  2. wow...nice, sempat jgak taip2 even tgh wat keja d umah?btw selamat berattachement ler cikAimi kt sna n kerja dgn kebaaboom nye! nati kte calling2 org lain plaks la lps ni....bru i tawu...XD

    ReplyDelete
  3. syeeda: owh sma la kte..:) takpe, yg pnting tugas yg diamanahkan disiapkan.. nak rileks2, duk uma takyah g koje. huhu..

    sri: hehe takpe, i'll be back into SLPM unit. still can contact me but maybe leh call kak afaf atau en. hadi klu ade any problems about SLPM & etc. skg kitorg tgh bgnkn skim persijilan SLPM. hopefully dpt kelulusan from Senior Director..Amin..:)

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...