Tuesday, June 30, 2020

Resipi Almond Cluster guna 2 bahan sahaja

Salam. Ahha cluster dalam entry ni tiada kaitan dengan kluster Covid-19 ya. hehe.. But nak share resipi yang tersangatlah mudah iaitu Almond Cluster dengan hanya menggunakan 2 bahan sahaja! Bila-bila masa pun boleh buat untuk makan kudap-kudapan. Rasanya pun sangat-sangat sedap! Jom try buat..



Bahan-Bahan

Almond Stripes
Milk (Chocolate) Compound (Saya guna jenama Beryl's)

p/s : Untuk 250 gram almond, saya gunakan 500 gram chocolate compound.



Kaedah Membuatnya

1. Sangai (Bakar) almond stripes dalam oven dengan suhu 160°c selama 10-15 minit. If takde oven, sanggai atas dapur biasa pun boleh guna kuali. Makesure ianya berwarna kekuningan dan jangan sampai hangus Boleh balik-balikkan bagi rata. Tujuannya nak bagi almond tu rangup dan tak cepat lemau.





2. Panaskan chocolate compound menggunakan api perlahan atau double boil sehingga cair. Padamkan api dan masukkan almond stripes yang telah dibakar tadi. Gaul both bahan sehingga rata.





3. Then, sudukan atas tray ikut bentuk yang diingini. Certain orang letak dalam paper cup pun boleh. Next masukkan dalam peti sejuk dalam 5 minit.



4. If betul-betul sejuk, automatik almond cluster ni mudah ditanggalkan dari tray. Bolehlah dimakan terus begitu sahaja. Selebihnya simpan dalam balang kedap udara dalam suhu bilik. Jangan simpan di tempat panas nanti cair pula. 






Misya : Peminat coklat.







5 comments:

  1. Nampak rumit nak buat, tapi hasil tampak sedap :)

    ReplyDelete
  2. Kami dulu save resepi ni. Tapi sampai ke sudah takde buat. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi sy pun dah lama save resipi ni. Baru la ni ada masa nak wat sbb craving sgt nak makan.

      Delete
  3. wahhhh.. sedap ni :)

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...