Thursday, June 25, 2020

Cara membuka akaun Tabung Haji anak di Putrajaya

Salam. Seperti biasa setiap anak saya akan bukakan akaun Tabung Haji untuk simpanan masa depan. Baru-baru ni saya bukakan akaun Tabung Haji untuk anak kedua saya Dhiya Soffea. Kakaknya Dhiya Sherina dah ada dah akaun. Kebetulan cuti bersalin masih berbaki seminggu, so saya settlekan pembukaan akaun Tabung Haji BabyS. Sebelum gi Tabung Haji tu saya google dulu kaedahnya tapi tak jumpa kaedah paling latest. So saya share kaedah membuka akaun Tabung Haji anak yang terkini untuk rujukan sesama kita.


Untuk makluman, kini Tabung Haji tidak lagi mengeluarkan buku akaun begini. Semua maklumat akaun dikemaskini dan perlu disemak melalui sistem online di website https://www.thijari.com.my/ . Nak semak baki akaun, nak tambah simpanan, nak buat transaksi ke akaun Tabung Haji yang lain, nak Daftar Haji semuanya perlu melalui sistem THiJARI ni.


Ok back to the story, saya ke Tabung Haji di Presint 4, Putrajaya. Kat sini ada tempat dinamakan Islamic Financial Services Centre (IFIC) which selain Tabung Haji ada juga Bank Islam. Waktu berurusan boleh refer gambar di bawah.


Musim PKP ni of course ada SOP kena patuh. Pakai mask, scan QR Code dan penjarakan social sebelum masuk ke dalam. Better bawa pen sendiri untuk elak berkongsi pen dengan orang lain. Sebelum tu, dokumen apa perlu dibawa?

- MyKad Ibu/Bapa/Penjaga (Siapa yang hadir ketika itu) (Ori)
-MyKid anak (Ori)
-Surat/Sijil Kelahiran anak (Ori)
-Wang deposit minimum RM10.00


Bila masuk ke dalam ada kaunter receptionist akan bertanya tujuan kehadiran kita. So kita informlah nak buka akaun Tabung Haji anak. Jangan keliru sebut nak daftar haji anak pula! hehe. Sebab both adalah berbeza ya. Nanti pegawai kat kaunter tu akan bagi 3 borang which 2 keping Borang Maklumat Ahli dan 1 keping Slip Simpanan Wang.

Borang Maklumat Ahli 1 : Untuk kemaskini maklumat akaun kita sebagai penjaga anak. Syarat nak buka akaun anak, penjaga/ibu/bapa kepada anak tersebut kenalah ada akaun Tabung Haji dulu. Kalau belum ada, sila buka akaun Tabung Haji anda terlebih dahulu.

Borang Maklumat Ahli 2 : Untuk isi maklumat anak dan penjaga.

Slip Simpanan Wang : Untuk isi maklumat jumlah wang yang ingin didepositkan dalam akaun anak.



Dah siap selesai isi borang, barulah pegawai receptionist akan bagi nombor giliran. Then, tunggulah sehingga nombor giliran dipanggil oleh mana-mana kaunter berkaitan. Saya datang dalam jam 9.00 pagi, around 10.00 pagi selesai. Lepas urusan di kaunter, boleh terus ke kiosk/PC yang disediakan untuk daftar THiJARI. So, boleh semak terus akaun anak yang telah didaftarkan. Don't worry akan sentiasa pegawai membantu sepanjang proses pendaftaran THiJARI if anda berada dalam kerumitan. After this, boleh semak THiJARI kat mana-mana je. Kira semuanya di hujung jarilah lepas ni!


So, dah selesai daftar akaun Tabung Haji anak-anak saya. Lega rasa bila dorang dah ada akaun. Alhamdulillah duit yang orang sedekahkan kat dorang sebahagiannya saya masuk di sini. Yang lain ada saya masukkan dalam akaun bank dan ASB. Jika dipanjangkan usia, moga ada rezeki kami anak-beranak dapat menunaikan Haji bersama-sama satu hari nanti. Amin..




Misya : Rezeki anak-anak.


1 comment:

  1. utk ank sy pon sy bukak akaun tabung haji..
    duit raya baru ni xsempat lg nk masukkan..
    haha

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...