Friday, June 5, 2020

Hilang stress main game June's Journey

Salam. Saya ni dalam pada-pada sibuk uruskan anak dan rumah tangga, plus berkerjaya as food technologist, sempat juga lari dari kesibukan dengan bermain game. Tapi saya bukanlah pemain game tegar macam PUBG tu. Just game simple-simple je. Dalam banyak-banyak games saya install melalui Google Play, saya tertarik dengan game June's Journey. Saya install 2 tahun lepas masa dalam pantang anak pertama. Sebab kebosanan duk rumah takde watpe try lah search any games untuk isi masa lapang. Then tak sangka saya masih setia main game ni until now. hehe..


Apa yang best sangat? Ahha saya rasa best sebab ada part kena cari barang tersembunyi untuk selesaikan setiap kes jenayah yang terjadi then ganjarannya kita boleh beli anything untuk cantikkan pulau kita. Actually banyak je games jenis gini tapi this one saya suka sebab grafik dia cantik, tak serabut and mudah dimainkan. Sedikit sebanyak hilanglah rasa stress dari kesibukan menjadi ibu, isteri dan penjawat awam. Lagipun watak utama dalam game ni pun seorang wanita iaitu June yang berkisar tentang family dan kawan-kawannya.


Bayangkan dalam 2 tahun main, saya hampir berjaya beli keseluruhan pulau dan hias ikut kreativiti saya. Bila screenshot gini rasa macam wow! hehe.. Pelik tak saya ni? Rasanya rare la jumpa orang macam saya ni kot. Entahlah. Lain orang lain caranya ye kan untuk hiburkan hati. Gituuu.. Oh ya, game ni boleh main kat smart phone je. Boleh ke Google Play dan download apps game ni.


Misya : Jangan main games waktu bekerja.

2 comments:

  1. kalau btl2, kaya sdh ni kan 😂😂😂 sy main home design. blh la berangan skjp

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...