Friday, June 5, 2020

Resipi Kurma Daging Simple

Salam. Kebetulan dalam peti sejuk beku ada lebihan daging lembu yang still belum masak, teringin pula nak buat masak kurma. Bukan selalu masak kurma. Try cari resipi kurma kebanyakannya complicated. Ada tu letak bahan pelik-pelik (bagi saya la) such as kacang tanah. Erk! First time tahu ada kurma letak kacang tanah. Maybe nak bagi pekat lagi kuahnya kot. Takpela, tekak memasing kan. So saya share resipi Daging Masak Kurma yang kira simple la kot bagi saya. As long as cukup bahan, jalan je...


Bahan-Bahan


Daging Lembu (Potong lawan urat bagi daging jenis biasa supaya tak liat)
Kentang (1 biji besar potong 8)
Rempah Kurma Adabi (1 peket kecil)
Santan (1 kotak)
Bawang Besar (1 biji)
Bawang Putih (3 ulas)
Kulit Kayu Manis (1 batang)
Bunga Lawang (1 biji)
Buah Pelaga (3 biji)
Halia (1 inci)
Cili Hijau/Merah (2 biji)
Tomato (Jika nak- 1 biji potong 4)
Bawang Holland (Setengah biji besar - dihiris)
Asam Keping (1 keping)
Garam secukup rasa


Kaedah Memasak

1. Gaulkan daging dengan rempah kurma dan biarkan seketika supaya rempah diserap oleh daging. 



2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dalam kuali/periuk, tumiskan bahan kisar tersebut.



3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau sehingga terbit bau enak.


4. Masukkan air dan kacau sehingga mesra semua bahan. Then masukkan daging yang diperap dengan rempah kurma tadi. Biarkan sehingga mendidih. Sekiranya daging masih kurang empuk, ulang step ini dengan menambah lagi air dan biarkan mendidih. Disebabkan saya guna daging lembu biasa, dan tersalah potong ikut urat, so saya terpaksa ulang step ni 3 kali camtu.




5. Selepas mendidih, masukkan santan dan kacau. Kemudian masukkan kentang dan asam keping. Kacau sehingga mendidih. Jangan lupa tambah sedikit garam secukup rasa.



6. Lastly masukkan bawang holland dan cili hijau/merah dipotong sederhana besar. Kacau dan biarkan semua bahan rata. Padamkan api, siap dihidang.




Beginilah rupa kurma daging saya. Makan dengan nasi panas-panas dan ikan masin goreng perghh memang marvelous! 



Misya : Kurma Aajwa is my favourite.






2 comments:

  1. ayam, serbuk kurma, air, adik-beradik bawang, kentang (kalau rajin), kayu manis. 😂 simple

    ReplyDelete
  2. Yang versi letak kacang tanah tu, saya tak pernah dengar lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...