Thursday, June 18, 2020

Resipi Sayur Masak Tumis Air

Salam. Kalau baca tajuk resipi rasanya semua orang dah tahu kan? But I still nak share resipi ni which in future bolehlah adik-adik or anak-anak muda yang baru-baru nak belajar masak tu rujuk. Simple je resipi ni which boleh menggunakan pelbagai jenis sayur yang kita suka. Cara dan bahan masakan sama saja. Then boleh combine dengan lauk-lauk lain. Even sekadar ikan goreng pun sedap. But untuk entry ni saya gunakan sayur sawi Jepun.




Bahan-Bahan

Sayur Sawi (Potong ikut suka)
Bawang Besar
Bawang Putih (Hiris/Ketuk)
Kiub Pati (Ayam/Ikan Bilis)
Garam Kasar
Air
Cili Merah (Jika mahu)

Kaedah Memasak

1. Tumiskan bawang putih sehingga keperangan. Then masukkan hirisan bawang besar, tumis sehingga terbit bau.



2. Masukkan kiub pati ayam/ikan bilis. If lauk utama anda ayam, then gunakan kiub ikan bilis. Kalau lauk utama ikan, then gunakan kiub ayam. Biar ada rasa berbeza untuk setiap lauk. (Ni petua saya sendiri)


3. Masukkan air mengikut citarasa. If nak kuah lebih then letak air lebih. If tak suka kuah, memadai letak sedikit sahaj. So nanti akan jadi macam sayur goreng sahaja.


4. Masukkan sedikit garam secukup rasa. Untuk masakan berkuah macam ni saya prefer guna garam kasar. Rasa kuah lebih sedap bagi saya. huhu. Then biarkan kesemua bahan mendidih.


5. Last sekali masukkan sayur sawi dan gaul sehingga rata. Macam saya suka letak tambahan cili merah dihiris, tomato dan cendawan. Tengok mood. Dah mendidih sekali lagi, bolehlah padamkan api dan siap dihidangkan.




Actually kaedah masakan ni boleh gunakan pelbagai jenis sayur. Brocolli, saderi, mushrooms, bayam, kobis dan sebagainya. Just kreatifkan sahaja. :)



Misya : Masakan sedap perlukan pengalaman dan kreativiti.

4 comments:

  1. sedap dan ringkas. anak2 saya pun suka ^_^

    ReplyDelete
  2. Sedap ni. Tengok macam senang nak buat. Boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  3. Walaupun simple, tapi lauk ni la antara salah satu lauk yang biasa buat.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...