Friday, June 5, 2020

Berjaya botakkan kepala BabyS

Salam. Dari sehari ke sehari nak cukur kepala BabyS tapi tak buat-buat. Umurnya dah masuk 2 bulan tapi tak berkesempatan. Walaupun PKP, macam-macam benda juga nak uruskan especially bila dah beranak dua ni. Huhu. So hari ni mommy BabyS tekad nak cukur rambut BabyS kasi botak. Huhu. 

Alhamdulillah dalam masa sejam selesai cukur keseluruhan rambut BabyS. Kalau ikutkan paling afdal kena cukur 7 hari after lahir tapi yela nobody kat rumah yang berani buat. Daddynya seriau takut kepala baby luka plus masih lembut lagi. Saya pula masih dalam pantang tak berapa kuat lagi badan. So hari ni berbekalkan ilmu dan experience masa cukurkan rambut kakak BabyS iaitu BabyE, saya berjaya membotakkan kepala BabyS. Hehe. Cuma ada part kat atas kepalanya seperti ada kulit kering yang melekat which tak boleh nak cukur sampai licin takut luka pula kepala BabyS. Harap-harap kulit kering tu hilanglah nanti. 

Dah botak camni lagilah wat mommy geram. Nak picit-picit je rasa. Macam baby Shaolin! Huhu..

Oh ya, camne saya cukur kepala baby? Saya guna pisau cukur jenama Gillette yang orang lelaki selalu guna cukur jambang tu je. Dapat tahu kaedah ni pun melalui confinement lady saya masa pantang bersalinkan BabyE. Dari situ saya tahu then simpan dalam otak untuk buat sendiri bagi anak seterusnya. Hehe. Tak perlu hantar kedai untuk cukur. Musim PKP ni memang lagilah tak boleh. Dah cukur rambut tu jangan buang pula. Kena kumpulkan dan pi timbang kat kedai emas untuk tahu berat dan disamakan dengan nilai emas semasa. Nilai tu nanti kita sedekahkan duit bersamaan nilai tersebut kepada fakir miskin yang memerlukan. Tak perlu cari jauh-jauh orang susah, kadang saudara-mara sendiri yang susah pun boleh kita sedekah nilai emas tersebut. InsyaAllah moga barakah kehidupan anak kita nanti. Amin..


Misya : Geli kalau perempuan tak cukur bulu ketiak.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...