Tuesday, September 22, 2020

Resipi Tomyam Santan Seafood

Salam. Sesekali menu makan malam di rumah pekena tomyam, syok juga. Kebetulan hari tu sis gi Kelate, beli perencah Tomyam dari Thailand yang orang selalu beli tu so sis trylah masak tomyam guna that perencah. Kali ni sis masak Tomyam Santan Seafood. Gambar kat bawah ni maybe kurang menarik tapi percayalah, rasa dia memang marvelous sampai licin pinggan sis, husband dan anak sis makan. Wakaka.. Done angkat bakul. :p Ok sis nak share resipi Tomyam Santan Seafood ni.


 Bahan-Bahan

1. Udang

2. Sotong

3. Isi Ayam (jika mahu)

4. Perencah Tomyam (Guna Adabi pun boleh)

5. 1/2 kotak santan

6. Serai

7. Daun Limau Purut

8. Limau Kasturi

9. Cendawan

10. Daun Ketumbar

11. Lengkuas


Kaedah Memasak

1. Tumiskan perencah tomyam dengan sedikit minyak.


2. Masukkan kepala udang, akar daun ketumbar (basuh bersih-bersih tau), serai dan lengkuas.



3. Selepas pecah minyak dan terbit aroma, bolehlah masukkah santan separuh kotak sahaja.


4. Then masukkan air sukatan terpulang nak kepekatan ikut citarasa masing-masing.


5. Agak-agak dah nak mendidih, bolehlah masukkan udang, sotong, ayam dan lain-lain bahan / seafood yang digemari. Boleh juga tambah cendawan atau carrot (tak digalakkan sebab nanti hilang rasa manis udang), baby corn dan lain-lain bahan yang disukai.



6. Perahkan asam limau dan taburkan daun limau purut. Nak lagi masam, letak lebih lagi.


7. Dah siap, bolehlah dihidangkan.


Lebih padu tomyam ni dimakan dengan sambal belacan, kangkung belacan dan telur dadar. With nasi panas-panas, perghhhhhhhhhhhh marvelousssss! hehehe..


Cuma sis prefer masak tomyam hanya menggunakan perencah tomyam Adabi. Baru kena dengan tekak sis sefamily. Tak boleh ngam la dengan perencah tomyam Thai ni. Nak acah-acah oversea kononnya tapi tak boleh pi orang Utara kata. hehe.. Lain orang, lain citarasa ye dok? Ok selamat bertomyam!





Misya : Tekak Melayu tetaplah nak 'rasa' Melayu.



18 comments:

  1. Saya suka tomyam yang jenis tak letak santan tu. Kalau yang jenis ada santan ni makan dengan mee atau bihun saya suka sangat la.Tapi kalau dengan nasi lebih suka yang tak letak santan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gitu.. sy pula tak minat makan tomyam dgn bihun@mee@kuetiow. Mesti nak nasi juga. hehe

      Delete
  2. tomyam santan? tak pernah dgr pun.. thank you sharing resepi ni

    ReplyDelete
  3. sedapnya, tomyam ada santan ni diorang panggil pok tek tu ke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ya, tomyam pok tek. tapi tak pasti. hehe. Kena tanya ore kelate or siam ni. huhu

      Delete
  4. sedapp nyaaa kak. terliur suda hahaha. Terima kasih kak sbb share resepi nya hihiihi.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap tom yam tu. First time nampak orang share tentang tom yam santan ni.

    ReplyDelete
  6. Shida pn suka tomyam santan ni tp awat kaler shida buat lain heheee ^_^ mgkin ikut style obersi kot hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. shida wat lagi sedap kot. hehe. sis baru2 je belajar wat tomyam santan ni. lagipun yang ni sis macam terletak lebih rencahnya. tu nampak merah pekat

      Delete
  7. pes tomyam adabi kurang enak jd abe kie guna pes dari siam. baru menyangkut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy suka pes adabi lagi abam kie. taktau nape tapi maybe sebab tekak dah bese kot. Try guna pes siam, macam tak berapa ngam. maybe cara saya masak tak kena kot. hehe

      Delete
  8. tom yam kalau letak santan mmg lagi sedap dan pekat.. suka jugak kita masak tom yam nie tp jarang letak santan..

    ReplyDelete
  9. ammi suka tomyam bersantan gini..rasa kenyang sikit kot (hahahh psiko tak? bila bersantan baru kononnya kenyang)

    ReplyDelete
  10. Sedapnya. Lama tak mkn tomyam bersantan.

    ReplyDelete
  11. sedap nyer. aida pula memang sesuai dgn perencah tomyam thai, misya.
    1 brand tu ajer la. kalu asben naik kelantan, ada keje, surely sebotol dia beli kan.
    and and and aida lom try lagi tomyam bersantan gini.
    nampak menarik sgt!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...