21 Jun 2010, 4.55pm: Em curi waktu kerja jap.. hehe..
Hari ni hari pertama bekerja untuk minggu ini.. Baru sehari, tetapi macam-macam dah berlaku.. Ada suka, ada duka, ada marah, emosional, ketawa, menangis, dan macam-macam lagi.. Daripada pemerhatian aku, kehidupan manusia sememangnya macam roda.. kejap naik kejap turun.. Diri aku pun begitu juga.. Kejap ketawa kejap nangis, kejap marah, kejap relax..
Tapi sedar tak sedar, sebenarnya semua tu memberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Dulu kita tak nampak hikmahnya semasa kita happy atau sedih.. Tapi lama-kelamaan hikmah tu timbul tanpa kita sedari. Aku selalu lihat teman-teman seperjuangan ku menangis akibat ditimpa pelbagai masalah. Bila melihat semua itu, mengingatkan ku sewaktu aku susah dan pernah berada di tempat mereka.. Aku sangat memahami apa yang mereka rasa dan itulah pembakar semangat ku supaya tak mudah putus asa dalam kehidupan. Buat teman-teman ku terutamanya di pejabat, jangan putus asa k! Apa-apa yang berlaku hari ini dan semalam sebenarnya memberi sejuta pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk masa akan datang. Aku happy bila tengok korang happy.. Tapi kalau korang sedih, aku pun turut rasa sedih. Be strong ok!:)
Daripada pengalaman2 lalu, aku banyak belajar tentang kehidupan. Terutamanya tentang kepercayaan. Bukan semua benda kita perlu percaya, dan bukan semua benda kita tak percaya.. Apa yang perlu kita percaya?
1. Allah s.w.t~ Tuhan yang menciptakan kita dan sekelian alam yang indah ini.. Dia lah yang akan memberikan apa yang kita mahu. Ingatlah, dan percayalah segala kedukaan dan kesedihan yang kita alami kini ada hikmahnya 1 hari nanti.. Dan juga tanda kita disayangi oleh Nya..Berzikir la dan selalulah ingatkanNya..
2. Diri sendiri~ Tiada siapa yang akan percaya kan kita 100% melainkan diri kita sendiri kerana hanya yang empunya diri yang tahu 100% tentang diri kita, tentang perasaan kita, tentang minat dan kesukaan kita dan segala-galanya. Dan hanya kita tahu kemampuan sebenar diri kita yang kadang-kadang kita sendiri tak sedari..
3~ Ibubapa~ yang melahirkan kita ke dunia. Tanpa mereka, tiadala kita di dunia ini.. Apa-apa yang dilakukan oleh ibubapa kita adalah untuk anak-anak mereka. Mencari rezeki, menanggung makan pakai kita dari kecil hingga dewasa tanpa mengharapkan balasan. Mereka jugalah yang memahami sikap anak-anak dan tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. Jadi dengarlah kata-kata ibubapa dan percayalah semuanya demi kebahagian kita..
Selebihnya adalah kepercayaan untuk orang-orang sekeliling dan persekitaran kita. Jika kita percaya pada ketiga-tiga di atas, insyaAllah tiada anasir-anasir jahat yang boleh menguasai diri kita. Biar diuji macam mana sekalipun, kita kena kuat dan tabah menghadapinya.. InsyaAllah kita akan jadi kuat untuk meneruskan kehidupan selagi bernafas di muka bumi ini.. Dan mampu melangkah lebih jauh kehadapan! Jia you! Jia You!
So, guys out there, chill out!!:)
Syahirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tune Hotel KLIA2 || My Review
Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...
-
Salam. Wow segmen lagi! Huhu patah pinggang juga saya ni dok ngadap lappy join segmen. Hehe Takpe, demi sokongan kat blogger-blogger luar t...
-
Salam semua. Diam tak diam rupa-rupanya tahun 2020 ni adalah tahun ke 10 sis bergelar seorang blogger (sambilan). So, sebagai tanda sis meng...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.