Thursday, June 17, 2010

"Menangis sekarang lebih baik daripada menangis kemudian hari"

Em terkadang memang kita akan menangis.. Kadang-kita ketawa.. Kecewa.. Sedih.. Marah.. Terharu.. Dan sebagainya.. Hidup ni memang penuh dengan warna-warni kehidupan makhluk Allah s.w.t dan alam yang dicipta olehNya.. Sesungguhnya aku bersyukur, walaupun sering menangis, alhamdulillah aku jadi semakin kuat. Mungkin aku menangis bila diuji.. Kecewa bila diduga.. Marah bila dicabar.. Ketawa bila gembira.. Tapi semua itu sebenarnya mematangkan diriku tanpa aku sedari.. Aku lebih berhati-hati dalam membuat apa jua keputusan. Walau menangis, aku bangkit teruskan kehidupan. Aku hanya rebah seketika tapi bangkit untuk melawan arus kehidupan yang penuh cabaran ini.

Dahulu aku pernah diuji bermacam-macam perkara.. Waktu itu aku masih tercari-cari arah kehidupan. Bila gagal, aku down sangat2.. Ditambah dengan gangguan-gangguan asing yang tak pernah puas hati dengan kehidupanku. Ada sahaja nak diganggu.. Aku sendiri pelik kenapa pengganggu tu jadi sebegitu? Sebagai manusia biasa, seharusnya tiap orang nak hidup bahagia dan fikirkan tentang masa depan diri yang belum tentu bila penamatnya. Tapi hamba Allah ni macam ada sesuatu membelenggu dirinya yang membuatkan dia tak boleh keluar daripada kepompong hasad dengki, iri hati, cemburu, dan sebagainya.. Adakah kehidupannya tenang? Kebanyakan maklumat yang aku cungkil, golongan sebegini memang happy bila gangguannya berjaya tetapi dia sebenarnya tidaklah happy dari segi akal, perasaan dan naluri. Hanya orang yang normal gembira bila orang lain gembira. Sedangkan pengganggu2 ini tidak gembira sebab tiada ketenangan hati, tiada keimanan yang jitu, tiada matlamat hidup, dan tiada pegangan agama yang kuat. We can consider them as pshycology/mental problem. Mungkin di luar sana ada bermacam-macam lagi ragam manusia yang diduga dan menduga. Justeru, berhati-hatilah dengan orang-orang sebegini..

Kenapa terjadi sebegitu? Sudah semestinya Allah yang tentukan.. Mungkin Allah sayangkan kita, jadi Dia akan selalu menguji kita dan mencipta pelbagai dugaan agar kita lebih kuat, tabah dan sabar di samping meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri. Sesungguhnya aku sangat kasihan dengan pengganggu-pengganggu ini kerana tidak menyedari fungsinya hidup di dunia ini hanya sekadar sebahagian daripada pembantu syaitan yang takkan habis menggoda manusia sehingga hari kiamat. Allah langsung tak beri mereka peluang untuk bertaubat.. Ada, tetapi golongan pengganggu ini tidak mengambil peluang itu.

Sesungguhnya aku bersyukur setiap kali diuji kerana setiap kali itu aku rasa semakin dekat denganNya.. Bacaan Al-Quran, zikir dan doa itulah pengubat hatiku yang lara. Memang rasa lega sangat2.. Terutamanya selepas bersolat malam. Buat teman-teman, kalau ada masalah, sedih, marah, kecewa, mengadu lah pada Allah.. Menangislah sepuas-puasnya di atas sejadah dan luahkanlah segala yang terbuku di hati.. InsyaAllah, Allah sentiasa mendengar keluhan hamba-hambaNya selagi kita sentiasa mengingatiNya.. Alhamdulillah sejak amalkan nya, aku memang rasa lega dan ringan je rasa diri ini walaupun masalah macam2 ada dalam fikiran.

Salah seorang bos aku sendiri pernah menasihati sebegitu.. Apa-apa pun dugaan, kena banyak bersabar.. InsyaAllah kesabaran itu akan terbalas dengan nikmat kehidupan yang lebih baik satu hari nanti. Menangis sekarang lebih baik daripada menangis di kemudian hari.. Aku percaya setiap titisan air mataku yang telah mengalir, akan ada pengubatnya satu hari nanti.. 10 kali aku menangis sekarang, 100 kali aku akan diberi kegembiraan pada masa akan datang. InsyaAllah...:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...