Tengahari, selepas solat Zohor, aku ke kenduri kahwin sahabat lama bondaku yang dah bertahun tak jumpa. Kata ibuku, kawannya itu merupakan teman serumah semasa tahun 80-an. Kira masa zaman muda-muda dulula.. huhu.. Kenduri diadakan di Masjid Putrajaya yang baru atau dikenali sebagai masjid besi. Kerana struktur pembinaan masjid ini dikatakan 90% diperbuat daripada besi. Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke masjid ini. Kali pertama juga sempena majlis kahwin kawan sepejabat ayahbondaku. Tapi kali ini lebih meriah dan kelihatan ramai tetamu. Mungkin anak sulong. Aku sangat suka dengan persalinan pengantin perempuan. Sangat cantik! Orangnya kurus sepertiku tetapi dengan pakaian nya, membuatku aku teruja..@_@ Tapi aku hampa sebab tak dapat merakamkan gambar bersama-sama pengantin sebagai kenang-kenangan.
Kedua orang tuaku bersama ibu bapa pengantin. Ibuku glamor (baju gold berkilat) macam dia pulak jadi mak pengantin! huhu
Em seperti biasa ibuku akan berpesan macam-macam perkara buatku setiap kali pergi ke majlis kahwin. Mungkin dia teruja tengok rakan-rakan sebayanya ramai yang sudah bermenantu dan bercucu. Kasihan juga bila memikirkan impian ibuku. Aku sendiri pun tidak tahu nak cakap apa. Tentang jodohku, aku hanya berserah kepada takdir.. Walaupun aku agak kecewa dan pernah kecewa sebelum-sebelum ni, tapi aku yakin insyaAllah aku akan diberikan jodoh yang terbaik satu hari nanti. Apa yang aku harapkan, bakal suamiku nanti boleh membimbingku dunia dan akhirat.. Aku pasti Allah takkan hampakan aku. Biar menangis sekarang, daripada aku menangis tak sudah di kemudian hari.. Ibu, doakan selalu untuk along ye agar dipertemukan jodoh yang sebaiknya. Amin..
Em tu sahajala cerita hari ni.. Cuma aku berharap, hari-hari seterusnya memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan buatku.. InsyaAllah...
semoga doamu itu termakbul... =) amin
ReplyDelete