Friday, June 19, 2015

Pelakon Adeline Tsen peluk Islam?

Salam.. Wah gempar pelakon wanita yang sedang meningkat naik iaitu Adeline Tsen dikatakan telah memeluk agama Islam! Gara-gara tersebar gambar beliau memakai telekung dan mengucapkan kalimah 'Alhamdulillah' konon-konon selepas mengerjakan terawih dalam laman Instagram. Automatik para peminat menyangka Adeline Tsen telah memeluk Islam.

Inilah foto Adeline yang memakai telekung tersebut.


Tapi selepas mendapat komendari peminat tentang 'penghijrahan' beliau tersebut, Adeline kemudian menafikannya. Rupanya ia adalah untuk babak lakonan beliau dalam sebuah telemovie berjudul "imam kacak pakwe kami" Haha suspen je kan!

Ramai peminat happy mendengar berita ni tapi rupanya ia adalah babak lakonan semata-mata. Siap ada  yang mendoakan Adeline memeluk Islam satu hari nanti. 



Saya mengenali Adeline melalui drama bersiri meletop di Astro iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta lakonan Nelydia Senrose dan Sharnaaz Ahmad. Adeline lakonkan watak jahat dalam drama tu. Walaupun watak jahat tapi saya tertarik lah dengan bakat dia ada. Walaupun non-Malay tapi petah berbahasa Melayu. Moga kerjaya Adeline terus sukses!


Misya : Ramai Islam di IC sahaja.






1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...