Wednesday, June 17, 2015

Elaun perumahan penjawat awam dinaikkan!

Salam... Wahhh bukan 1 berita baik tapi ada 2 berita baik diumumkan oleh PM Malaysia hari ni. 1st Bonus Raya untuk Kakitangan Awam dan Pesara. Yang kedua, elaun rumah penjawat awam dinaikkan!! Wow, baik la pula hati our PM ni. Hehehe apa-apa pun terima kasih la ya. Sebab rasanya dah bertahun-tahun elaun rumah ni tak naik-naik sedangkan harga rumah melambung-lambung naik tiap tahun. The best part is untuk mereka yang stay di kuarters kerajaan, no more potongan 100% elaun rumah! Wahhh serius ni sangat best. Almaklum saya pun duk kuarters. So bila kena tolak elaun rumah tu macam tak best je rasa. Dats why ramai taknak duk kuarters sebab bila nak beli rumah, elaun dah dipotong!


Putrajaya: Berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam gred 41 dan ke bawah akan menikmati kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi. Sumber



Misya : JUSA tak dapat la ya?

6 comments:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...