Salam. Dah baca experience saya 1st time main salji fresh turun from the sky di Istanbul? Kalau belum boleh terjah Part 5 dulu. =) Sambung next story; apa yang wat saya teruja bila melihat kucing-kucing jalanan area Istanbul, masyaAllah gemuk-gemuk dan gebu-gebas! Yang comelnya lagi kucing kat sini spesis berkaki pendek. Bila cuaca sejuk bulu dia agak kembang. So lagilah wat saya geram nak peluk-peluk!! Siapa penggemar kucing comfirm korang akan geram giler dengan kecomelan kucing kat sini. Sampai sekarang teringat kucing-kucing sana. Rindu pun ada nak pelok dorang.. T_T
Salah sekor kucing yang sangatlah friendly! Kat sebuah masjid di Istanbul. Saya sampai je kawasan masjid ni, panggil je terus datang! Mak aihh ramahnya dia. Siap panjat kita lagi.. Manja sangat-sangat!
Tengok tu.. Saya panggil terus dia datang nak saya dukung! Orang-orang keliling pun tersenyum tengok gelagat kucing yang sangat manja ni.
Geram kan? If boleh bawa balik dah lama bawa balik! haha..
Yang luar biasanya husband saya kalau kat Malaysia dia memang tak suka kucing panjat-panjat atau gesel-gesel kat dia. Tapi kali ni dia pula excited bila kucing tu duk atas riba dia. Huhu pelik juga suamiku ini.
My hubby kata kucing kat sini sangat mesra plus rupa dorang sangatlah comel. Macam dah lama kenal walhal bukan tuan jauh sekali kami nak bagi makan.
Saya berjalan-jalan sekitar masjid ni, MasyaAllah banyak giler kucing kat sini! Semuanya 'sihat-sihat' belaka. Macam-macam warna ada tapi warna oren tetap pilihan di hati. Huhu
Tengok tu, dengan kaki pendek, badan bulat, haishh memang geram!
Kawasan masjid ni merupakan kawasan perkuburan orang Kristian. Luar biasanya Turki ni sebelah masjid ada kubur Kristian. Orang Islam sini tak usik pun perkuburan Kristian ni. Bagus kan? Harmoni sangat-sangat rakyat sini. Tak macam Malaysia orang Melayu suka provok dan rasis. Ooppss!!;P
Antara kucing saya jumpa dan sangat manja. Saya punya tahap kegeraman memang tak tertahan! haha.. Sampaikan brother Turki kat belakang tu senyum-senyum tengok gelagat saya melayan kucing.
Orang Turki memang pencinta haiwan. Sebab tu negara dorang aman makmur. Kucing atau anjing hidup bebas di jalanan tapi negara dorang tetap bersih.
Actually kawasan ni memang ada hamba Allah baik hati tabur makanan kucing di sekitar masjid ni. Ala-ala frieskies tapi comfirm lebih sedap dan berkhasiat dari Malaysia. Sebab tu kucing sini gemok-gemok belaka.
Kalau uols perhatikan berapa ekor kucing kelihatan dalam gambar ni? ;) Cer teka, cer teka...
Kiri dan kanan saya ni kawasan perkuburan Kristian. Di tepi-tepi lorong nila makanan kucing berteraburan. So takdelah dorang kelaparan especially musim winter ni.
Di dalam masjid terdapat makam panglima perang Islam yang terkenal di Istanbul (saya lupa nama beliau). Lepas solat orang ramai akan singgah sebentar di makam ini untuk berdoa.
Berbeza dengan hujan, if turun sekali lepas tu reda dan stop. Tapi salji ni rupanya non-stop. Sekejap ada, sekejap takde. If ada tu sometimes sangat lebat sampai menjejaskan penglihatan. Kuasa Tuhan...
Sambil tunggu yang lain selesai solat kami posing-posing dulu sekitar masjid.
Rupa masjid dari luar. Actually design masjid-masjid di Turki ni lebih kurang sahaja dari segi kubah dan batuan yang digunakan. Bezanya besar atau kecil sahaja.
Paling best masjid ni hampir dengan kedai-kedai untuk shopping! So jalan-jalan sat.
If lapar gerai-gerai jual makanan banyak kat sini.
Ahha ternampak seekor kucing gebu lepak di gerai makanan yang tutup. Apa lagi serbu ler! Manja nya dia bila digosok-gosok.
Amboi bukan main dia posing!!! Menggeliat sebab sejuk la tuuu..
Disebalik celahan pokok dan timbunan salji kelihatan si bulus dua ekor dok bermain-main 1 sama lain. Serius cute sangat-sangat!! ^_^
Geram kan tengok dorang? Panorama yang takkan jumpa di Malaysia..
Entry ni memang saya dedikasi kan untuk pencinta dan penggemar kucing. Kat Malaysia jarang dapat jumpa kucing spesis kaki pendek ni. Dan kebanyakan kucing jalanan di Malaysia kurus-kurus, sakit dan luka-luka di badan. Tapi kat Turki kucing-kucing ni walaupun tiada tuan tapi dorang dijaga baik oleh rakyat Turki sekitarnya. Maybe sebab tu Turki antara negara Islam yang maju dan kuat berkat doa si kucing-kucing ni. If yang tak suka kucing pun janganlah sesekali kucing tu dipukul/disepak/dibaling/didera. Ada rezeki lebih sedekahlah sedikit makanan. InsyaAllah kucing-kucing ni pasti mendoakan anda dilimpahkan rezeki sebab anda share sedikit rezeki dengan dorang. Wallahualam. Boleh baca next part pula ya!=) Part 7 di SINI.
Misya : Kucing haiwan kesayangan Nabi.
geramnya....comel je ....
ReplyDeleteComel-comel kucing2 ni...geram pulak tengok.rasa cam nak gomol2 je..
ReplyDelete@Mastura Aziz Kan? memang geram! huhu
ReplyDelete@Jia Rizaira huhu tengok gamba pun dah geram, if depan-depan lagilah geram!! hehe
ReplyDelete