Wednesday, June 17, 2015

Nasi Briyani superb Restoran Menara Pakistani Cuisine!

Salam.. Ahha.. Terliur tak tengok gambar nasi biryani ni? Huhu. Last week entah nape my hubby suddenly ngidam nak makan nasi Arab. Kebetulan nak coaching biz partner kat USJ, so dia bawa lah kami ke tempat ni. Tengok biasa-biasa saja restorannya. Takpela try je dulu. If sedap leh datang lagi. Kat mana ni? Area USJ 1. Berhadapan dengan Restoran Nasi Lemak. Dan ternyata memang superb! Sedap sangat-sangat. Tq Aina my biz partner yang introduce this place.^^

Menu kami.. Nasi Briyani berlaukkan Ayam Tikka Massala dan Fish Tikka. Kuah tu FOC. hehe. Tengok menu memang pening juga nak pilih sebab nama pelik-pelik. Tapi daripada suggestion si pelayan maka kami pilihla menu ni.
 
Inila ayam Tikka Massala. Serius sangat sedap. Terasa rempah ratus, pedas-pedas sambal. Ayam dia serius sangat lembut!

My hubby order Biryani Kambing. Banyak giler nasi dia sampai tak terhabis. Sepinggan leh makan untuk 2 orang.

Inilah nama restorannya. Restoran Menara. Kalau nampak signboard ni area USJ1, yela tu. Hhehe.

Yang paling best every Friday ada promosi Nasi Briyani Kambing hanya RM10.00 sahaja sepinggan! Harga asal RM16.00 tau. Diskaun RM6.00 tuu. Kebetulan restoran ni dekat dengan masjid jadi comfirm ramai serbu lepas solat Jumaat.

So, nak puasa ni if tak tahu nak makan apa untuk berbuka bolehlah try restoran ni. Tapi dibuka sampai jam 10.00 malam je. Takleh nak lepak-lepak macam kat kedai mamak. huhu. Happy eating!=)



Misya : Nak belajar masak Nasi Arab.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...