Salam. Erm dah lama tak review hotel rite? Alhamdulillah ramai juga yang jadikan blog saya tempat rujukan untuk survey mana-mana penginapan. Happy dapat bantu orang.=) So kali ni nak review 1 lagi hotel yang saya stay last week selama 5 hari 4 malam sebab berkursus iaitu Swiss Garden Resort & Spa. Dengar nama dia pun dah dapat feel hotel ni best. Huhu. Masa sampai di Kuantan, kami (saya dan staf ofis) tersesat ke sebuah lagi tempat yang nama sama iaitu Swiss Garden Residents. So sape-sape nak datang sini jangan tertukar tempat ya. Masing-masing tak jauh pun. Kalau dari KL menghala ke Kuantan akan jumpa Swiss Garden Resort & Spa ni dulu belah kiri. Hotel ni betul-betul tepi laut. Memang mendamaikan la if stay sini.
Tarra... Bilik memang selesa. Bersih. Tak terlalu kecil or terlalu luas.
TV, kettle, peti ais semua tersedia.
Almari pakaian berkeadaan baik
Dalam almari ada iron. Ni memang saya suka. Senang tak berebut nak pinjam iron dengan pengunjung lain.:p
Ke bilik air pula...
Saya tertarik dengan toiletries yang disediakan. Warna sangat ceria! Comel kan if bawak balik. hehehe
1st time saya tengok hotel gunakan warna merah sebagai hiasan dinding bilik air. Menarik sebab macam menambah semangat sikit nak mandi.
Haa jamban pun dihiasi dinding merah. Ni nak bagi cepat-cepat membuang agaknya. Haha..
Bilik saya dapat ni tak menghadap laut. Tapi bolehlah nak santai-santai kat luar ada kerusi disediakan.
Dont forget to selfie!
Our breakfast. 5 hari kami stay sini, menu breakfast hampir sama. Wajib ada nasi lemak. Rasanya? Oklah sedap juga. Standard macam hotel-hotel lain juga.
Disebabkan kami datang time cuti sekolah, MasyaAllah punya lah ramai orang. Dah macam pasar pula. Siap berkhemah tambahan untuk tempat duduk pengunjung. Agak kurang selesa sebab pack dengan manusia. Nak check-in pun kena tunggu giliran agak lama. Nasib bek datang under kapasiti urusan kerja so dipermudahkan urusan. Maybe sebelum bulan puasa dia kaut sales kow kow sebab masa Ramadhan tak ramai dah nak stay hotel. Apa-apa pun hotel ni recommended la if anda nak stay. Ada swimming pool, spa, groceries shop. Kelab malam pun ada ok! Plus tak jauh dah nak jenjalan di bandar Kuantan. Rate agak berpatutan. Anything boleh ke www.swissgarden.com/
Misya : Dah lama tak berendam dalam pool.
macam menarik jer tempat ni...
ReplyDeletekalu cuti sekolah memang akan pack sikit.. hehe
ReplyDelete@Farah Waheda Wahid hehe mmg menarik yunk.. try la stay cni if dtg kuantan.
ReplyDelete@budakbandunglaici Tula, terkejut juga kat hotel ramai org camtu. huhu
ReplyDeletewow wow wow ....zura pernah stay kat swiss garden lumut...kat kuantan ni tak pernah lagi....tp hotel2 swiss garden ni mmg ok pun.kalau kat lumut memang sangat mendamaikan sebab jauh dari kawasan bandar....paling suka makanan dia...semua sedap...paling mabeles laksa penang....memang terangkat la...hehe
ReplyDeletemacam best je.toileteries tu mmg comel colorful.
ReplyDelete@Aimi Muhamad Oh yeke.. Huhu dengar laksa bulan2 pose ni.. Haha..
ReplyDelete@Aimi Muhamad Kan? Masuk je toilet terus fokus kat toiletries dia. Very colorful..=)
ReplyDeleteinsyaalllah saya cuti222 malaysia di Swiss Garden bulan Ogos di Lumut
ReplyDelete@Delimasari Oh selamat bercuti sis!=)
ReplyDeleteHi, Saya Azam, Staff Swiss Garden Int. Hotel KL (PJ Development Holding Group & OSK Investment Bank)
ReplyDeleteNak jemput MS. / MR. / MRS. ke Swiss garden residences KL, Jln Pudu. Belakang IPK KL (Jln Pudu KL) utk Promosi hotel baru Swiss Garden Residences Melaka dan Holiday Concept Under Swiss Garden & Interval International, just spend time 45minit. tiada paksaan ape2, dan tanpa caj bayaran, takde caj tersembunyi. so, sbg tanda terima kasih , Ms. / Mr. / Mrs. Akan dpt Free Voucher for a complimentary accommodation either at ;
*Swiss Court Holiday Apartment Damai Laut, Lumut
*Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Valid For 3Months.
***mengikut terma n syarat
> 26 Tahun Keatas Income 4K Ke atas & C/C (compulsory)
berminat boleh call/whatsapp azam 014 817 4706
@azam azrae
ReplyDeleteantara damai dan kuantan, macam damai lagi best. apa kata en azam? sebab saya cadang nak pegi raya cina ni.
pasal voucher tu betul. saya sendiri dah join members.
thanks
@ctc2sanasini Oh yeke.. Bagus juga. huhu
ReplyDelete