Tuesday, August 23, 2016

Dominica, dulu kerani biasa kini kaya-raya...

Salam. Maybe uols tertanya-tanya saya bergambar dengan siapa ni. Ataupun tak tertanya pun sebab fikir tak perlu ambil tahu? hehehe. But trust me, wanita ni bukan calang-calang orang tau. Dulu dia ni seorang kerani biasa je berasal dari Sarawak. Now dah kaya-raya bergelar seorang jutawan! Saya suka nak share amanat beliau dalam ucapan keramat beliau semasa event Winners Nite tahun 2015. Maybe siapa yang bergelar seorang kerani boleh ambil iktibar dan jadikan motivasi untuk anda berjaya seperti jutawan Dominica Lau yang jelita dan hebat ini satu hari nanti. InsyaAllah..


 MCCM Dominica Lau

1. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Beliau percaya dengan KETABAHAN yang berterusan, impian dan kejayaan pasti dapat dikecapi. 

2. Lahir dalam keluarga miskin, kehidupan penuh keperitan menyebabkan beliau berfikiran negatif, hubungan sosial kurang baik, tidak beryakinan, rendah diri dan penakut. 

3. Tetapi kerana banyak keperitaan hidup, menjadikan beliau lebih TABAH dan gigih menghadapi cabaran.

4. Setelah 10 tahun bekerja sebagai kerani bank, pendapatan hanya meningkat dari RM500 sehingga RM1,800 sahaja!

5. Masih di tempat asal dan tiada perubahan kerana Tiada Arah Tuju; Tiada modal; Tiada ilmu; Tiada mentor dan Tiada peluang!!

6. 10 tahun dahulu, setelah menghadiri satu seminar yang dipelawa oleh jutawan MCCM Hii Tuang Sing, beliau memutuskan semua jalan pengunduran dan memulakan perniagaan Elken. 

7. Disebabkan proses pembelajaran yang perlahan, selepas 7 tahun baru beliau mencapai status CCM. Walaupun terdapat liku-liku sepanjang perjalanan, sikap berpantang mati sebelum ajal telah memberi beliau kekuatan untuk mengharunginya.




8. Faktor nak berjaya awal dan pantas! 
  • Pernah memandu kereta selama 3 jam sehingga sesat di jalan ladang kelapa sawit berdekatan sempadan Indonesia, hanya nak follow-up seorang customer dan ingin menambah customer lain di belakangnya. 
  • Pernah naik lori kelapa sawit bersama pekerja ladang. Trak yang dinaiki bersama business partner rosak pada masa itu. 
  • Selalu mengangkat beberapa mesin RO, beg penuh dengan alat bantuan, beg produk dan beg sendiri semasa perjalanan. 
  • Juga menjadi technician yang memasang beratusan mesin air RO di kawasan pedalaman. 
  • Pernah fieldwork jauh sehingga ke Belaga, Bakun dan  Sungai Asap dengan menaiki trak, Express boat dan lori kelapa sawit. 
  • Sewaktu di Belaga, pernah tidur di bilik kotor di kedai yang terbiar untuk berehat.
9. Sebenarnya beliau sangat-sangat takut tetapi tahu itulah sebenarnya yang mesti ditempuhi demi kejayaan. 

10. Selepas lahir anak yang ke-3, emosi amat tertekan. Masalah sikap sendiri, tidak tahu pembahagian tugas antara diri dan suami. Selalu berkira siapa yang harus buat, hanya fokus kepada masalah dan selalu bertengkar. Sampai suatu tahap suami ingin bekerja semula sebagai jurutera.

11. Beliau sangat memahami suami adalah orang yang paling menyayangi beliau sehingga sanggup mengorbankan kerjaya sendiri sebagai IR Jurutera demi berjuang bersama beliau. Beliau bertanya kepada diri, kemana perginya Dominica yang tabah itu? Beliau mahu keluarga yang bahagia. Beliau mesti belajar mangatasi segala cabaran antara beliau dan suami.

12. Mulai saat itulah, suami isteri berganding bahu. Kini suami buat segala hal pengurusan pentadbiran dan kewangan bisnes. Beliau 100% fokus kepada jualan dan pembukaan pasaran baru.

13. Bertekad mengembangkan rangkaian di Miri, Sarawak. Komit pergi outstation selama 2 minggu sebulan walaupun pada masa itu anak ke-3 baru berusia 3 bulan, anak ke-2 berusia 3 tahun dan anak sulong pula 6 tahun. Demam dan sakit pun tetap keluar outstation kerana tanggungjawab. 

14. Demi mencapai kejayaan yang lagi hebat, seseorang itu mesti terlebih dahulu menjadi seorang yang lagi hebat dahulu!!

15. Waktu itu, rangkaian di Miri belum ada insan kekunci, beliau terpaksa menunggu business partner selama 4 hingga 5 jam setiap kali untuk membawa beliau bertemu prospek selepas pulang bekerja di salon. Proses itu mengambil masa selama setahun sehingga beliau berjumpa insan kekunci di Miri. 

16. Kini rangkaian beliau di Miri boleh mengendalikan activities yang mempunyai kehadiran lebih 300 orang!

17. Tahun lalu, beliau tiada pembantu rumah dan terpaksa meminta tolong daripada jiran untuk menjaga anak beliau selepas mereka balik dari sekolah sehingga ke pukul 7.00 malam. 

18. Suatu hari, anak yang berumur 7 tahun balik dari sekolah pada jam 1.00 pm. Dia mengetuk pintu rumah kerana tahu mamanya ada di rumah kerana kereta mamanya ada di rumah. Dia menangis, mengetuk pintu dan berkata “Mama, buka pintu. Saya tahu mama di dalam.” Beliau terpaksa buat-buat tak tahu, kerana telah bersedia untuk keluar berniaga. Beliau berasa sangat-sangat sedih kerana terpaksa menutup semua tingkap dan pintu seolah-olah tiada orang di rumah.

19. Beliau mempunyai impian yang jelas, beliau ingin keluarga yang bahagia. Impian beliau adalah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada keluarga. Impian yang tidak pernah goyah walaupun penuh cabaran! 

20. Beliau percaya setiap orang yang berjaya, mereka mesti telah melalui satu perjalanan yang kental !! 

21. Walaupun beliau memerlukan masa yang lebih panjang berbanding orang lain untuk mencapai status jutawan MCCM, tetapi beliau tetap TABAH. Beliau meggunakan 4 tahun mencapai DCM dan 7 tahun mencapai CCM. 

22. Kerana KETABAHAN, 10 tahun, beliau telah menempuhi segala rintangan dan akhirnya mencapai MCCM pada umur 41 tahun!

23. Beliau hanya wanita biasa tetapi sangat TABAH. Kini berumur 44 tahun, beliau seorang wanita yang bahagia, pernah mencecah pendapatan bulanan tertinggi RM 87 ribu. 

24. Di sini, walaupun hanya wanita biasa tetapi beliau tahu bahawa beliau penetap nasib hidup diri sendiri. Beliau dan suami sangat bersyukur kerana dianugerahkan peluang bisnes yang ikhlas ini. 

25. Sebab di sini menggalakkan kebersamaan, kesejahteraan, persahabatan dan ketabahan peribadi. Mereka diinspirasikan oleh orang-orang yang berjaya, menjadi peransang minda mereka. Kunci kepada kekayaan sebenarnya bukan jumlah wang tunai di dalam poket tetapi kekayaan di dalam peribadi. 

26. Dulu diketawakan sebagai anak yatim, kini mempunyai pasukan kerja yang bersemangat kuat. Tiada yang mustahil disebabkan kuasa berpasukan adalah sangat berlainan dengan kuasa berseorangan. 

27. Dahulu beliau membawa diri sendiri sahaja datang ke sesi latihan. Kini, beliau mampu membawa 100 orang ke sesi latihan. Dahulu beliau hanya membawa 20 orang sahaja ke Winner’s Nite. Kini, beliau mampu membawa hampir 400 orang ke Winners' Nite. 

28. Dahulu seorang yang pemalu, tiada arah tuju, kini beliau berkeupayaan membantu memperkasakan insan lain untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. Mereka menghormati beliau, tidak melihat beliau seorang kerani biasa. Bagi mereka, beliau adalah pemimpin.

29. Orang yang berjaya akan menghapuskan halangan manakala orang yang gagal dihapuskan oleh halangan. Dunia ini, hanya ada perkara yang anda tidak mampu bayangkan tetapi tiada apa pun yang anda tidak mampu capai.

30. Ketabahan dan komitmen merupakan asas sebenar kejayaan !




Misya : Wanita mampu menggoncang dunia.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Return to blogger world?

Assalamualaikum.. MasyaAllah almost 3 years never post any new entry.. My last entry was year 2021 which only related to my dropship job wit...