Salam. Ahha story raya lagi. Hehe.. Tahun ni saya tak buat sebarang open house atau majlis makan-makan raya like last year. Sebabnya, tahun ni saya fokus beraya di rumah ayahbonda saya yang baru je berpindah ke Seremban. So, kat sana dah buat open house besar-besaran dah. Hehe.. Tapi disebabkan rumah saya ni dekat dengan office, maka kawan-kawan office datang menyerang beraya ke rumah saya bukan sekali tapi 2 kali!
The best part is bila datang time lunch hour masa kerja, ofkos la tuan rumah tak sempat nak masak sodap-sodap untuk tetamu. So, 1st serbuan tu memasing bawa makanan sendiri! haha teruk betul saya ni tapi itulah kengkawan saya. Datang sebab tak pernah datang and nak makan kuih raya je. Heheh..
Selamat menjamu kuih-muih yang ada. Tapi bagus juga cepat sikit kuih raya saya habis. Almaklum saya tinggal berdua je dengan husband. Bukan ada siapa sangat nak datang. hehe
Serbuan kedua, lain sikit dari serbuan pertama sebab kali ni kami buat potluck. Kebetulan kat office takde tempat yang sesuai nak lepak-lepak sambil menjamu selera, so semua setuju datang ke rumah saya sambil bawa makanan masing-masing. Kali ni sempatlah saya masak bihun goreng.
Wefie itu penting! Husband saya tengok gambar ni bila balik terkejut juga dia ramainya yang datang. Dia expect dalam 3-4 orang je. hehe..
Makan jangan tak makan. Untungnya kawan-kawan saya ni masing-masing ada kepakaran memasak. Ada yang pandai buat kek, brownies, lauk-pauk, biskut & etc.
Thanks guys sudi singgah ke teratak buruk saya ni. Hehe.. Yang penting kita semua happy. ^___^ Yang paling best, kita semakin rapat antara 1 sama lain. Setakat nak melaser-laser tu takde dah istilah sentap-sentap. hikhikhik... #ilovemyfriends
Misya : Berat badan naik mendadak kerana raya.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteseronoknya beraya...sampai 2x kena serbu