Salam. Ahha, M.A.D, giler bukan sebarang giler ya.. Unik nama restoran ni sebab namanya M.A.D (gila). Hehehe.. Tapi sebenarnya MAD adalah singkatan kepada Modern Asian Diner. So bukanlah bermaksud makan kat sini boleh jadi gila. hehe.. Okla nak review sedikit tentang restoran ni. Saya datang makan time lunch hour dengan kawan-kawan office untuk meraikan pegawai-pegawai kontrak under seksyen kami yang nak tamat kontrak. So belanjalah dorang makan kat MAD ni @ IOI Mall Putrajaya.
Masuk ke restoran ni memang cantiklah deko dia. Nampak mewah. Bila tengok menu, huhu boleh tahan harganya. Apa yang best makan kat sini? Terus terang tak banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Tapi takpela, tak pernah cuba, so kami cubalah beberapa makanan yang selalu di order oleh customer bila datang sini.
Ada promosi masa kami datang ni.
Carbonara Pasta... Sedap! Tapi portionnya agak sedikit compare dengan size pinggan dan harga yang perlu dibayar untuk sepinggan. Tapi rasa dia memang sedap.
Saya order fish & chip masa ni. Oklah sedap juga.
Uniknya fish & chip ni dihidangkan atas papan pemotong comel ni. Agak kelainan la. Tapi nak makan ni kena hati-hati sebab takut tercampak pula fish fillet tu masa potong dengan pisau. Hehe..
Seafood Spagetti.. Boleh tahan rasanya. Sedap juga.
Mee Kari, ok agak mengecewakan sebab kuahnya agak cair. Tak feel sangat macam mee kari. Nama restoran ke arah makanan Asia tapi mee karinya tak memenuhi standard sebenar mee kari. huhu jangan marah ya... Hope chefnya boleh perbaiki lagi kualiti dan rasa mee kari ni. Presentation dan portion dia dah ok dah
Desert.. Erm honestly kami kurang puas hati dengan rasa cupcake ni. Walaupun rupanya sangat menarik hati. Hope dorang perbaiki.
Minuman oklah takde masalah..
Honestly kami bagi 3 daripada 5 bintang. Hehe maaf ya M.A.D. Sebab expectation saya personally bila datang ke restoran begini, dengan harga yang agak tinggi, memang saya harapkan makanannya sedap dan berbaloi untuk keluarkan duit. Almaklum kami orang-orang yang bekerja dalam bidang kualiti makanan, memang sangat particular tentang perkara camni. hehe.. Tapi kesimpulan yang kami dapat makanan kat sini untuk Western Food memang tiptop. Kami rasa chef kat sini pakar dalam masakan Western kot. Tiba-tiba nak add-on unsur Asian, kena banyak wat research sebab makanan Asia ni penuh dengan flavour yang kuat. Especially Malaysian food. Supaya menarik orang lagi ramai untuk datang makan tanpa fikir tentang harga. Ada sesiapa pernah makan kat sini yang rasa ok, takpela. Lain tekak, lain pendapat. Ngeee..
Untuk adik-adik ni (kecuali Kak As tudung hitam) :p, semoga terus berjaya di luar sana lepas ni. Ada rezeki kita dapat berjumpa lagi. All the best ya!
Misya : Makanan sedap menjamin repeat customer.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.