Salam.. Ahha sambung dari Part 1, trip 36 jam saya bersama kawan-kawan office. Lepas simpan luggage kami di hotel, apa lagi, sesi menghabiskan duit lerr! hehe... Apa yang menariknya kat Vietnam ni, tak perlu tukar duit Vietnam (Dong) banyak-banyak sebab duit Malaysia sangat-sangat laku kat sini. Memang senanglah urusan jual beli kat sini. Just standby duit dong atau USD untuk hotel dan teksi je.
Ok tempat pertama kami nak tuju adalah sebuah butik pakaian yang selalu dikunjungi oleh orang Malaysia. Butik ni di rekomen oleh salah sorang officemate yang pernah datang ke sini. Katanya compare dengan butik lain, sini lebih berkualiti dari segi material dan jahitan tapi harga tetap berbaloi.
Cari punya cari, nasib baik ada peta yang dah dilukis siap-siap. Cuaca agak panas tapi demi shopping, takde hal punya. hehe
Finally jumpa juga butik ni. Tak jauh pun dari hotel kami stay. Hong Anh Collections namanya.
Sampai-sampai je terus kami dibawa ke tingkat 3, tempat baju-baju yang dah siap dijahit.
Ok saya dah berkenan dengan yang ini tapi masih berkira-kira nak beli. Kena compare dengan harga di Malaysia juga takut beli-beli rupanya kat sini lagi mahal.
Tapi memang kualiti jahitan baju-baju kat sini sangat baik. Macam-macam ada dijual. Jubah, kurung moden, tudung, baju kanak-kanak pun ada.
Serius rambang mata! Almaklum kami datang ke sini beberapa minggu sebelum Ramadhan menjelma. So memang fikir tentang baju raya jela masa ni.
Nasib baik ada incik suami sebab dia boleh tolong bagi pendapat untuk saya pilih-pilih baju time shopping ni. Tapi kekangannya kena control sikit lah. Kalau tak mahu habis terus duit. hehehe
Pilih jangan tak pilih!
Daripada nak taknak, finally 2 pasang saya rembat kat Hong Anh ni. Sepasang jubah dan kurung moden. Both penuh dengan hiasan manik jahitan tangan. Yang penting puas hati. Nanti tak beli menyesal. Saya spend tak sampai RM200 pun untuk 2 pasang baju berkualiti. Kat Malaysia kalu baju penuh manik jahitan tangan ni mahu sepasang je dah kat RM200. Oklah kan?
So kalau datang sini, try datang ke Hong Anh Collections ni if nak baju berkualiti dengan harga berpatutan.
Specialnya butik Hong Anh ni pernah dikunjungi oleh isteri bekas PM Malaysia tau! So, memang tak rugilah datang berbelanja kat sini sebab memang kualiti bajunya berkualiti sampai isteri PM pun pernah singgah sini.
Ok abaikan muka penat tu. haha.. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke kawasan-kawasan shopping yang lain. Memang heavenla area District 1 ni.
Ada lorong yang menjual kasut dan barangan kulit. Tapi hasil survey saya dan husband mendapati harga yang ditawarkan untuk kasut dan beg agak mahal. So kami tak beli apa-apa pun di sini.
Bila penat berjalan don't worry, kopi ais / Milo ais Vietnam kaw kaw memang bersepah dijual begini. RM3.00 je harganya. Hilang haus tapi kan once dah minum ni rasa macam ketagih nak minum lagi. haha.. Sebab sedap sangat!
Settle jalan-jalan kat lorong-lorong di area District 1 ni kami gerak ke Ben Thanh Market pula.
Masuk je dalam Ben Thanh Market ni, semua dah hilang kawalan! Shopping heaven! hahaha... Saya dan husband berdua manakala kengkawan yang lain terus hilang di celah-celah deretan kedai dalam pasar ni.
Gelagat my friends bershopping. Almaklum ramai yang mengirim so kena makesure cukup.
Apa yang menariknya husband saya yang awalnya sekadar nak jadi bodyguard je tewas juga bila masuk ke Ben Thanh Market ni!
Bukan main lagi ye dia shopping. Rasanya dia punya baju lagi banyak dari saya punya. haha..
Ben Thanh Market ni memang menjual macam-macam jenis benda. Baju, kasut, beg, perhiasan, souvenirs dan sebagainya. Just standby duit banyak-banyak jela.
Selesai shopping di Ben Thanh Market. Actually saya pernah datang ke sini beberapa tahun lepas masa mewakili UKM dalam forum kebudayaan peringkat Asean. So dapatlah menggamit memori semula. Last time datang dengan rombongan UKM, ramai-ramai dalam masa yang terhad tak sempat nak explore area sini. Kali ni memang spend time betul-betul sambil menghabiskan duit. hehehe...
Next entry Part 3 kisah kami menghabiskan masa di malam hari di Ho Chi Minh City pula..
Misya : Beli ikut keperluan bukan kemahuan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.