Friday, August 26, 2016

Sotong kering lebih bahaya dari rokok??



Sedarkah anda, selalu memakan sotong kering sebenarnya lebih merbahaya dari merokok? Tak tahulah kesahihannya tetapi rasa nak sharing dengan anda tentang info ini. Honestly sotong kering wat sambal perghhh memang marvelous! huhu..




Dalam mazhab Hanafi, dikatakan sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering kerana mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat. PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.



"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah. "Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

Actually saya sendiri dah tahu tentang benda ni. Bukan sotong saja malah seafood lain pun sama juga. Sebab di lautan ada banyak logam berat. Bila haiwan laut yang kecil dimakan oleh yang lebih besar, menambah-nambah lagi amaun logam berat dalam haiwan laut tersebut. Sebab tu saya kurang memakan seafood yang bersaiz besar. Plus saya ni agak penakut if tengok seafood terlampau besar. Boleh hilang selera walaupun dimasak dengan sedap.

So, kesimpulannya bagi saya bukan tak boleh makan sotong dan lain-lain seafood. Tapi berpada-pada. Cuci sebersih-bersihnya sebelum dimasak. Logam berat ni bukan benda hidup, if masak dengan haba tinggi sekalipun takkan mati macam kuman. Orait?


Misya : Makan secara sederhana.

1 comment:

  1. Oo.. Tu keburukan mkn seafood ye. Mujur la sy mmng x brpa minat dgn seafood.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...