Salam. Selamat Bersara buat ayahbonda saya yang tercinta. Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam, kini bersara wajib di usia 60 tahun. Memang orang gomen tegar ni. hehe.. Both ayahbonda saya berkhidmat di Jabatan Akauntan Negara tapi lain-lain department. So saya share la foto-foto kenangan mereka di hari persaraan special dalam entry saya. :)
Alhamdulillah saya bangga dengan ayahbonda saya walaupun bukan berjawatan tinggi tapi dengan hasil titikpeluh mereka dalam dunia penjawat awamlah membesarkan saya dan adik-adik. Yela, gaji keje gomen ni bukan besar mana tapi kami sekeluarga dapat survive. #syukurselalu
Actually ayah saya dah bersara setahun yang lepas. Then my mom baru je bersara. Jom tengok momen-momen persaraan mereka.
Wah dapat hadiah besar dari office..
Sepatah dua kata sebelum bersara..
Gaya tangan tetap kena ada bapakku ini. hehehe...
Ayah saya ni luar biasa sikit sebab kawan-kawan sejawat semua muda-muda dari dia. Bukan kat office je, even kat rumah ke or mana-mana. Dats why ayah saya ni kelihatan muda je gayanya. Hehe..
Bukan main lagi mak I bergaya ya. Siap makeup and dress up special for her retirement day.
My mom ni seorang P.A. So bosnya adalah seorang Dato'. Hebat mak saya ni jadi P.A Dato'. hehe..
Macam-macam hadiah mak saya dapat. Dah macam hadiah kahwin sampai penuh rumah. huhu.. Rezeki..
Apa-apa pun Happy Retirement to my beloved parent. Tiap kali mengenangkan kesusahan hidup yang family saya pernah alami, membuatkan saya bersyukur dan takkan sesekali lupa jasa ibubapa saya. Walaupun saya tahu dulu ibu ayah saya pernah dipandang rendah orang sekeliling, sebab kerja kerajaan, pangkat rendah, gaji kecil. Tapi saya tak pernah malu jadi anak mereka. Kerana doa, usaha dan titik peluh merekalah saya dapat kecapi sedikit kejayaan dalam kehidupan saya sekarang. Alhamdulillah saya kini pun bergelar penjawat awam seperti mereka. Terima kasih ibu dan ayah. Love u both so much! Moga ibu ayah saya diberikan kesihatan yang baik, sentiasa happy dan kuat dalam hadapi segala cabaran hidup selepas ini, dan bahagia berdua selamanya... Amin...
Misya : Ibu ayah tiada pengganti.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.