Salam. This year is the 1st year my parent menyambut raya di rumah baru selepas bersara penuh as penjawat awam. Alhamdulillah.. Story raya saya dah cerita dalam entry INI. Jom tengok apa cer dengan kucing kami si Ciko berpuasa dan beraya di rumah baru. hehe. Masa mula-mula bawa Ciko pindah ke rumah baru ni dia meroyan beberapa hari! Ke hulur hilir keliling rumah sambil mengiau dengan kuat. Maybe dia terkejut dan takut sebab berada di kawasan baru. Dulu duk quarters, rumah agak kecil, ruang terhad. Bila pindah rumah lebih luas, maybe dia rasa pelik. Bau rumah pun dah lain mesti dia rasa asing. Tapi yang luar biasanya Ciko ni, tak payah diajar nak membuang kat mana. Automatik dia gi toilet buang air besar mahupun kecil. Bijakkan dia? hehe..
Berat dia lebih kurang 8kg. Lenguh juga bila dukung lama-lama. Masa 1st raya ni belum orang datang dia tak kisahlah orang dukung-dukung. Tima orang datang beraya, terus memecut menyembunyikan diri dalam bilik / bawah katil/ bawah meja makan dan lain-lain tempat yang boleh. Tapi dah sebab badan besar, orang tetap jumpa punya. haha
Ahha. ni gelagat Ciko time bulan puasa. Amboi bukan main letih ya mengalahkan orang berpuasa gamaknya!
Tengok tu sampai berjuntai-juntai kaki, terlentok-lentok kepala, tidur mati terus. Panggil-panggil buat tak dengar je dia.
Inilah peneman ayahbonda saya di rumah baru sejak dah jadi orang pencen. Hope Ciko sentiasa sihat walafiat. Alhamdulillah so far doktor kata dia ok takde penyakit. Badan je besar tapi bila datang giler dia, bukan dia peduli berlari, memanjat sana-sini, terlanggar barang n perabot, dengan membawa perut yang memboroi tu. haha..
Misya : Pengubat kesunyian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.