Salam. Orait 12 jam pertama kami sampai di Vietnam telah dihabiskan dengan aktiviti shopping. Tapi jangan lupa, di malam hari kawasan hotel kami tak kurang meriahnya dengan aktiviti jual beli yang lebih meriah. Tapi rasanya tak complete if datang negara orang tak singgah ke Hard Rock Cafe rite?
Lepas shopping di siang hari, kami check-in ke bilik hotel untuk berehat, makan dan bersihkan diri. Makan malam kami just roti, tuna dan maggi. Okla kan sebab esok nak balik dah. Planning kami seterusnya adalah untuk pergi ke Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. So kami deal dengan hotel if boleh book kan teksi untuk kami ke sana. Sebab tempatnya agak jauh dari hotel.
Yang bestnya tak perlu naik teksi, hotel booking kan shuttle van untuk kami ke HRC. Tepat jam 8.00 malam van dah menunggu. Rupanya ada lagi pelancong Malaysia pun nak ke HRC juga. Free je naik shuttle van ni.
Sampai je apa lagi, haruslah posing!
Kebetulan malam kami datang ni ada live show dari artis tempatan Vietnam yang menyanyikan lagu-lagu English. Tetiba tak rasa macam kat Vietnam. huhu.. Tak duk minum pun. Just nak tengok-tengok rupa HRC Ho Chi Minh ni camne.
Peminat t-shirt @ souvenirs dari HRC bolehlah beli kat sini.
Ok tanda dah sampai di HRC Vietnam.
Next.. aktiviti kami malam ni tak terhenti di HRC je, di area hotel kami stay ni ada pasar malam yang tak kurang meriahnya. Menggantikan Ben Thanh Market yang tutup pada jam 7.00 petang, so pasar malam pula take over.
Di sepanjang jalan nak ke hotel, peniaga-peniaga yang siangnya berada dalam kedai, kini membentangkan barang jualan di luar kedai pula. Yang bestnya, makin malam makin murah harga ditawarkan!
Sempatlah rembat beberapa helai tudung, baju dan souvenirs untuk rakan-rakan di Malaysia.
Waktu malam pun masih ada dijual kopi ais/milo ais kaw. So takyah risau lah if haus ke masa shopping kat sini.
Siapa peminat tudung Neelofar, memang sinilah syurganya. Walaupun bukan original punya tapi kalau pandai pilih boleh dapat price dan kualiti yang bagus,
Meriah kan? Kawasan District 1 (Kampung Melayu) yang tak surut orang membeli-belah. Sepanjang berada di sini tak rasa takut pun sebab ramai orang Malaysia kat sini. Orang Vietnam sini pun pandai cakap Melayu sikit-sikit. Kira senanglah if datang sini kalau sekadar nak shopping.
Esoknya jam 10.00 pagi kami bertolak ke airport untuk pulang ke Malaysia.
Masa check-in risau juga if ada yang terlebih weight. Almaklum masing-masing shopping tak hengat punya. But disebabkan kami memang dah standby extra kg untuk balik masa booking tiket, okla takde masalah.
36 jam together with them memang best. Walaupun singkat tapi puas dapat shopping. hehe.. Tapi planning nak repeat tetap ada. hihihi..
Bye bye Vietnam.. See u again!
Misya : Singkat tapi padat.
banyk shopping barang..
ReplyDeleteBlog ni tersenarai dalam list ni >>>>>http://cikash.blogspot.com/2016/08/jom-blogwalking-14.html
Bestnya sis :D
ReplyDeletehttp://mellyacrayola.blogspot.my/