Salam. Benda yang mostly orang tak suka adalah bergaduh. Termasuklah saya. Biasalah manusia tak lari dari perasaan dan emosi. Kadang-kadang mudah tersentap, tak sabar dan cepat melenting. So saya share tips dengan anda bagaimana nak elakkan pergaduhan. Sebab bergaduh camne sekalipun, yang menang cuma 1 benda. Iaitu EGO. Tak percaya? Jom baca...
- Kalau kita bergaduh dengan pelanggan. Walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.
- Kalau kita bergaduh dengan rakan sekerja, Walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.
- Kalau kita bergaduh dengan bos. Walaupun kita menang, tiada lagi masa hadapan di tempat itu.
- Kalau kita bergaduh dengan keluarga. Walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan regang.
- Kalau kita bergaduh dengan guru. Walaupun kita menang, keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.
- Kalau kita bergaduh dengan kawan. Walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan.
- Kalau kita bergaduh dengan pasangan. Walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan terguris.
- Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun. Walaupun kita menang, kita tetap kalah.
- Yang menang adalah cuma ego diri sendiri.. Yang paling susah adalah mengalahkan ego diri sendiri..
Kebiasaannya orang yang lebih tua confirm ada ego lebih sedikit. Tak dinafikan sebab mereka hidup dulu dari yang muda. Lebih banyak pengalaman. Bak kata pepatah lebih banyak makan garam. Tapi tak bermakna yang lebih tua tu tak boleh ditundukkan egonya. Si muda kenalah pandai memainkan peranan ambil hati orang yang lebih tua. Tak susah pun.. :)
Misya : Ego menang bila tiada rasa hormat.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.