12 PINTU - PINTU REZEKI
1. Rezeki Yang Telah dijamin.
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Q.S.11:6)
2. Rezeki Kerana Usaha.
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Q.S.53:39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur.
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Q.S.14:7)
4. Rezeki yang Tak Diduga.
"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya" (QS. At Thalaq :2)
5. Rezeki Kerana Istighfar.
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta” (QS. 71 : 10-11)
6. Rezeki Kerana Berkahwin.
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan kurnian-Nya.” (QS. an-Nur : 32)
7. Rezeki Kerana Anak.
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (QS. al-Isra 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah.
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (QS. Al Baqarah 245)
9. Rezeki kerana rajin menjalin tali silaturrahim.
10. Rezeki kerana Iman dan taqwa.
11. Rezeki kerana mengorbankan diri, harta dan masa untuk urusan keagamaan
12. Rezeki kerana istiqamah membaca Al-Qur'an, Surah Al Waqiah, dan Solat Sunat Dhuha.
Ya Allah.. Yaa Rabb.. Yang Maha Kaya, izinkanlah kami berdoa: Luaskan dan lapangkanlah rezeki kami dari arah yang tidak disangka-sangka, rezeki yang halal dan penuh berkat barakah. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki. Amin...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.