Friday, December 16, 2016

3 hari pulang dari Acheh, gempa melanda!

Salam semua. MasyaAllah 3 hari lepas saya pulang dari Banda Acheh, kejadian gempa bumi berskala 6.4 menggegarkan bumi Acheh!! Saya ada maklumkan yang saya pergi bercuti di sana dalam entri INI baru-baru ini. Ramai juga yang mesej dan wasap saya bertanya khabar samada saya sudah pulang ke Malaysia atau belum. Alhamdulillah saya sudah selamat sampai di tanahair 3 hari sebelum kejadian gempa tersebut berlaku. Terima kasih buat semua friends dan family yang bertanya khabar dan mendoakan kami agar tidak apa-apa berlaku jika kami masih di sana.

Untuk makluman, gempa tersebut berlaku  di kawasan Pidie Jaya which jarak perjalanannya lebih kurang 4 jam dari Banda Acheh (tempat saya lawati). Syukur Alhamdulillah Banda Acheh selamat dari gempa. Saya tak tahulah nak kata apa if Banda Acheh terkena nasib yang sama. Baru 12 tahun mereka bangkit dari trauma Tsunami, if berlaku lagi, wallahualam beratnya dugaan mereka hadapi.

Di awal berita ingatkan tak ramai meninggal dunia. Tak sangka makin diselamatkan rupanya makin ramai terperangkap di sebalik runtuhan akibat gempa. Dikhabarkan lebih 100 orang terkorban. :(

Di Banda Acheh, if skala 3.0 mereka masih ok. But more than that memang mereka sudah ready untuk lari daripada Tsunami. Tapi tak sangka tempat yang jauh dari Banda Acheh yang mengalami gempa bumi. Allahu kuasa Tuhan..


But honestly saya sebenarnya tidaklah takut semasa berada di Acheh. Don't know why but banyak perkara ajaib yang saya alami di sana which tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebab tu saya ambil masa nak update entry tentang lawatan saya di Acheh. Personally bumi Acheh bukan tempat sembarangan. Penduduknya diduga dengan sebegitu hebat pasti ada sebab. Kebanyakan mereka kelihatan sudah bersedia untuk mati. Mereka juga sangat baik budi pekertinya. Seronoknya berada di sana walaupun tak lama.. 

Thanks again untuk yang bertanya keadaan saya dan family selepas mendengar berita gempa di Acheh tersebut. Syukur kami semua selamat. 


Misya : Rindu suasana Serambi Makkah.



1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...