Salam semua...:) Wah, tetiba je aku nak cerita tentang diri aku kan? Mesti ramai blogger mahupun pencinta-pencinta blog tertanya-tanya siapa diri aku sebenarnya. Actually bukan nak cerita detail pun. Tapi sebagai memenuhi permintaan sahabat yang telah tag aku dalam entri nya, maka aku pun tunaikanlah..:)
Thanks to Hidayati yang sudi nak mengenali diriku lebih dekat melalui dunia blog ni. Sorry for the late feedback because agak busy kebelakangan ni. Untuk kawan-kawan yang lain, anda juga akan di tag sebentar lagi. hehehe..;) Dont worry, just want to know about yourself. Ini bukan contest ok.. Selamat berkenalan semua..;)
Only one question tapi perlu memberi 30 jawapan! Yes, 30 answers..;) Tapi soalannya senang je.. Just senaraikan 30 perkara berkaitan ngan diri korang. Simple kan? Rasanya jangan kata 30, 300 pun boleh kot??;) huhu.. Tapi asalnya 25 perkara je. Dah excited sangat nak tulis, aku tambah lagi 5! hehe..
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 30 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 30 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Alih bahasa : " Apabila anda telah dilabel (tag), anda dikehendaki untuk menulis satu nota mengenai 30 benda rawak, fakta, tabiat atau matlamat anda. Di penghujungnya, sila pilih 30 orang untuk dilabel. Anda harus label orang yang sudah melabel anda. Sekiranya saya melabel anda, ia hanya kerana saya ingin mengenali anda dengan lebih lanjut. Kerjasama anda amatlah dihargai"
So, lets check my list below...=)
1. Nama aku adalah hasil gabungan nama ayah dan bonda ku.. Aminah + Shokarny = Aimi Syahirah..:)
2. Birthday aku jatuh pada sehari sebelum Peristiwa WTC New York diserang pengganas pada 11 September.. So, my birthday is on 10 September.. Tahun? Rahsia...:p
3. Mempunyai darah keturunan Minang dari Sumatera Indonesia, Jawa,Bugis dan Melayu.
4. Dilahirkan dengan simptom kepala besar.. Orang kata aku tak panjang umur tapi Alhamdulillah aku membesar secara normal dan berjaya dalam kehidupanku.. :) Actually kepala besar ni bermakna otaknya ala-ala professor.. (Bijak kot!) huhu
5. Aku sangat manja dengan arwah atuk dan nenek belah ayahanda ku. Kelahiranku dikatakan membawa tuah dalam keluarga. (Dengar cerita sedara-mara camtulah..)
6. Aku sangat suka dengan kucing! Terutama berwarna oren ala-ala garfield. Sebab susah nak cari. Now, aku bela seekor kucing oren bernama Ciko.. Dulu ada juga sekor bernama Tommy dan rupanya yang gemuk memang sebijik macam garfield. Nanti aku wat entri tentang Tommy satu hari nanti..
7. Aku pernah membela hamster..:) Asalnya 2 ekor, sepasang jantan dan betina bernama Syisyi dan Riri. Lepas beranak pinak, tinggal Syisyi dan anak betinanya. Tapi tahun lepas, dorang mati sebab sakit. Syisyi memang sangat manja dengan aku sehinggakan aku menangis seminggu teringatkan dia selepas dia mati. Siap ada kubur tau aku tanam dia..
8. Aku sangat obses dengan warna pink dan merah. Sejak aku sambung study di UKM, itulah warna kegemaranku. Walhal sebelumnya aku sangat obses dengan warna kuning. huhu..
9. Seni tari merupakan minat dan hobi ku di waktu lapang. Aku sangat suka menari terutamanya tarian tradisional. Masa study dulu aku sangat aktif dengan kelab tarian sehingga berjaya dicalonkan untuk Anugerah Pelajar Seni Tari Terbaik dalam Anugerah Seni 2009 UKM.
10. Pernah mengunjungi negara Indonesia, Vietnam, Cambodia dan Hong Kong.. Semuanya sebab tarian!!:)
11. Semasa di kolej matrikulasi, aku pernah dianugerahkan gelaran Ratu Busana untuk Hari Raya Aidilfitri sempena majlis sambutan hari raya pada tahun 2005 kalau tak silap
12. Gelaran Queen of the Night... pada tahun 2009 sempena Malam Inspirasi Kolej Ungku Omar UKM. Itulah first time dapat pakai crown. Sampai sekarang aku masih simpan crown dan selempang yang pernah aku sarungkan..:)
13. Pernah menjadi jurulatih untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Tarian Cuti-Cuti 1 Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan.. Siap masuk paper dan TV wajahku.. :)
14. Berkhidmat sebagai Food Technology Officer di Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesiapa yang nak jadi pengendali makanan tu, silalah hadiri kursus ya.. Jika tidak anda akan didenda RM10k atau penjara 2 tahun apabila Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikuatkuasakan nanti.
15. Oh ye, aku masih single but not available..;) hehe.. InsyaAllah aku tengah merancang untuk mengikat hubungan ku ke tahap lebih serius dengan Mr. J kesayangan ku. Tunggu jela k..=)
16. Sekarang ni aku agak obses dengan contest. Yes. Tapi contest dalam facebook. Seperti pencarian model.. Kalau berjaya, dapatlah aku mengumpul wang lebih sikit kan.. Thanks to voters yang memberi sokongan.:)
17. Actually aku ni dipanggil dengan macam-macam nama.. Khas untuk family, dorang panggil aku Syira atau Kak Long.. Bagi kawan-kawan, ada yang panggil Aimi, Amy, Mesya, Ira, Sya, Cha,dan Mitcha. Yang penting tidak membawa maksud tak baik.
18. Oh, sebut pasal nama.. Makna nama aku dalam Islam adalah Kepercayaan Yang Masyhur atau Yang Dipercayai Masyhur..
19. Aku ni berfizikal kurus dan kecil molek je orang nya. Sehingga kini aku berusaha naikkan berat badan aku ke berat yang ideal. Alhamdulillah aku berjaya mencapai berat 46 kg baru-baru aku timbang ni. Sebelum ni dalam 40-41kg je. Seronok sangat-sangat!:D hehe.. Aku akan cuba maintain takpun genapkan 50kg. Tapi camne nak naikkan selera makan ek?? Any tips...? huhu
20. Dari kecil aku diajar untuk jadi pengemas.. Tak suka berselerak atau pengotor. Dahulu aku kira bayi yang pelik sebab aku takkan masukkan apa-apa benda yang aku jumpa dalam mulut tak seperti baby-baby lain. Sebaliknya aku akan kutip dan suruh buang dalam tong sampah.. Itulah didikan bonda ku yang sampai sekarang aku ingat.:)
21. Aku suka dengan teddy bear yang besar-besar. huhu.. Kalau gi mana-mana, ternampak teddy bear besar mesti nak peluk. Tu sebab aku sayang Mr. J aku sebab dia macam teddy bear! hehehe.. Thanks to him sebab hadiahkan aku teddy bear pink yang sangat besar untuk birthday ku.. Her name is Japsterina..:)
22. Dari segi kesihatan, aku mudah terkena sakit tekak. Memang senang sangat-sangat nak kena. Dalam sebulan tu mesti ada sekali kena. Rupa-rupanya aku tak boleh minum air sejuk. Tapi kadang-kadang degil juga. hehe..
23. Korang mesti tak pernah tengok gambar wajah aku tersenyum kan? Actually aku memakai braces di gigi ku..:) Dah setahun dah aku pakai dan InsyaAllah lg setahun akan dibuka. Tak sabar nak dapat gigi cantik. Dulu pun cantik juga.. hehe. Tapi sayang jugalah gigi taring ku telah dicabut.. Sebab ada orang kata itulah pemanis wajahku.. :p
24. Aktiviti ku di waktu lapang... Mengedit gambar, layan internet, dengar lagu, menari dan berblogging.. Dulu masa kecil, aku suka mengumpul setem!:) Now, aku suka mengumpul duit syiling 50 sen. Tak tahulah kenapa.. Yang peliknya lagi, aku tak suka tengok TV! Serius! huhu.. :p
25. Apa-apa pun, waktu pagi (sebelum mula kerja) dan malam jika berkesempatan aku akan mengaji Quran sehingga puas.. Dapat 1 Ain satu hari pun jadilah.. Itulah penenang jiwaku setiap waktu...=)
26. Juga suka membaca novel.. Terutamanya tulisan Damya Hanna.. Novel pertamanya bertajuk Bicara Hati membuatkan aku jatuh hati dalam pembacaan novel.. Aku boleh habiskan membaca novel dalam sehari je jika tak diganngu dengan perkara-perkara lain. Takde skip-skip page tau! I baca full okeys..:) Novel paling tebal aku pernah baca bertajuk Bukan Putri Lindungan Bulan.. Karya siapa, aku tak ingat dah..
27. Aku bukan kaki branded! Ya, betul.:) Even jenama cap pasar malam pun aku beli. Yang penting keselesaan dan berpatutan. Contoh, baju ke, tudung ke, beg ke, kasut ke.. Aku seorang yang simple dan tak perlu bermewah-mewah dalam berpakaian.. Yang penting pandai mix & match dan menggayakan dengan baik.:) Aku juga suka shopping kat Mydin! Serius.. Tiap bulan mesti gi Mydin. Murah dan berbaloi.. Walaupun ada suara-suara sumbang yang kata Mydin cap ayam.. Kalau Nestle yang merupakan company makanan terbesar pun jual barang melalui Mydin, so nak kata Mydin low-class lagi? Bukalah mentaliti anda ya..:)
28. Aku pernah menghidap penyakit asma siap pakai inhaler lagi.. Tapi Alhamdulillah dah sembuh tapi kadang-kadang semput juga kalau buat aktiviti yang berat-berat.. Mungkin keturunan nenek ku yang sememangnya ada penyakit asma..
29. Prinsip aku: Hanya menghormati dan mendengar kata-kata dari 2 orang lelaki sahaja iaitu Ayahanda ku.. Dan suamiku.. Buat masa ini aku tiada suami lagi.. InsyaAllah aku akan patuh dan taat kepada suami ku nanti..Amin..:)
30. Aku sayang family ku dan kawan-kawan ku.. Dorang lah pencetus inspirasi dan semangat untuk ku dalam meneruskan kehidupan yang penuh ranjau berduri.. Dugaan demi dugaan sebenarnya mematangkan diriku.. Kebahagiaan perlukan pengorbanan dan kesabaran.. Semoga Allah sentiasa melindungi diriku, keluargaku dan kawan-kawanku dari kejahatan manusia mahupun bukan manusia..:)
Settle! huhu.. So, aku tag follower-follower aku untuk mengenali mereka pula... Hidayati, Sri Amira, faradila, Fadheela, Cik Dya, Syuda, Ilhami, Kimi, Inot, Hasnan, Cikgu Ikhwan, Nana, Cuya, Fire, Liyana, Dieya, Kayfaizal, Husna, Kaishin, Adibah, Adibdaddy, Sakinah, Cik Eyqa, Fahmielia, Azny, Kak Dahlia, Razi, Hanifar...
Cik Mesya : Ingat nak letak gambar tp tak sempat.. Selamat membaca dan menulis kpd yg ditag..:)
lg 11 org akan di tag kmudian.. nak smbung koje..:)
ReplyDeletealamak! (tepuk dahi) hahaha
ReplyDeleteBertepuk-tepuk tangan.. Bertepuk jgn segan.. Berjoget dgn riang.. Hidup menjadi senang.. Ewah!! hehehe..;)
ReplyDeletemmg complete lah detail hehehe
ReplyDeletealamaks gak! siap promot FHR2009 lg tu =D
ReplyDelete@micky: hehe.. itu kira 0.09% je detail.. huhu
ReplyDelete@mira: hehe harus promote! itulah tugas PTM. :)
thanks !
ReplyDeletewelcome syuda..:)
ReplyDelete