Assalamualaikum semua..=) Apa khabar? Harap uols semua sihat.. Fuh... Lama sudah aku tak update entri blog ni. Asyik takde masa je. Busy ya amat!! Kalau on pun just nengok facebook pastu tengok kalau-kalau ada orang komen kat blog. Nak tulis-tulis, memang tak sempatlah. Tambahan kerja kat office berlambak-lambak. Terpaksa menanggung tugas untuk 2 orang pegawai. Rasa nak patah dah bahu ni. huhu. (Statement over):p
Oklah taknak cerita panjang-panjang kali ni. Just nak habaq sesuatu kat hangpa semua. (Awat loghat utara plak ni?) huhu.. Kalau korang rajin nengok blog aku ni, mesti korang tahu aku pernah join satu contest anjuran Cik Dya yang bernama Lucky Giveaway by Cik Dya. Keputusannya pun telah diumumkan dan aku merupakan salah seorang pemenang contest tu. Rezeki aku agaknya.. 1st time tau aku join contest kat blog. Alhamdulillah menang.. Boleh tengok entri ini.
Then disebabkan ada masalah teknikal sedikit, hadiah yang dijanjikan tak tiba-tiba di rumahku. Aku tunggu-tunggu then aku pun tanyalah pihak penganjur iaitu Cik Dya ni. Rupa-rupanya beliau tak terima emel yang aku kirimkan. Jadi, dia tak hantarlah hadiah tu ke rumah aku. Its oklah, then aku pun hantar emel lagi sekali untuk beritahu alamat aku.
Selang beberapa hari kemudian, sampailah hadiah comel yang dijanjikan iaitu 2 utas keychain!!:) Sangat cute! Terima kasih ye Cik Dya..^__^ Walaupun sekadar hadiah yang simple tapi amat bermakna buat aku. Kadang-kadang kita bukanlah nak hadiah mahal-mahal atau besar-besar atau mewah-mewah pun. Sekadar yang mampu mencuit hati dan naluri ni pun dah mencukupi dan lebih membahagiakan.~~ mendalam maknanya tu. hehe..
Pandangan belakang keychain.. LUCKY U!=)
Pandangan hadapan keychain.. Comel kan?=)
Muka excited dapat gift! hehe...
Thank you Cik Dya for this cute presents..^_^
Cik Mesya : Memberikan senyuman juga salah satu hadiah buat orang lain. Dalam Islam pun dikira bersedekah. Mudah kan? Jadi, mari senyum beramai-ramai! hehehe...(ni tersengih namanya!);P
alahai comel keychain tu
ReplyDeleteowang laki pon ske bnda kiut miut. i loike!!;) tq3x..=)
ReplyDelete