Assalamualaikum semua.. hehe.. Baru je update entri baru tadi. Jangan lupa amalkan gaya pemakanan dan hidup yang sihat sepertimana Nabi Muhammad kesayangan kita semua amalkan.. InsyaAllah, tubuh badan sihat.. Akal dan pemikiran juga sihat dan bersih dari anasir-anasir jahat godaan syaitan.. Sunnah Nabi tu tau, bagus diamalkan.=) Kalau tak semua pun, amalkan satu dua pun dah ok.. Aku sendiri amat menggemari buah delima. Amat susah nak cari buah ni. Jaranglah ditemui.. Tapi aku memang suka. Dulu masa ibu ku mengandungkan ku, dia mengidam nak makan buah delima tau. Mungkin ada hikmahnya ke atas diriku..:)
Actually ada benda menarik nak cerita ni. Daripada tadi aku tak henti-henti ketawa. Serius!;D Bukan sebab tengok cerita Raja Lawak ataupun ada orang menggeletek aku, tapi disebabkan oleh peminat fanatik a.k.a kesayangan aku.. Siapa? Apa kena mengena dia ngan gelak ketawa aku? hehehe...;)
Korang leh refer kat chatbox aku tu.. Nama dia Cik "Guest"..:) Jangan marah tau Cik Guest. Saya sayang awak sebab minat kat saya! Betul, tak tipu!;) Aku sangat menghargailah atas apa dia lakukan untuk aku yang diminatinya. hehe. Ni bukan perasan tau tapi memang dah lama aku perhatikan dia ni. Setiap benda yang aku buat selagi berhubung kait dengan alam cyber ni mesti dia tau. Contoh, facebook. Aku ada create fb baru tapi guna nama lain. Then aku join contest.. Iaitu Pencarian Gadis Muslimah anjuran Studio Mukmin. Sebagai pemberi motivasi dan semangat kepada diri sendiri, aku pun komenlah sikit-sikit kat dalam contest aku tu yang berbunyi begini.. "eye-me, like u! Tegas tapi tersmbunyi kelembutannya.. natural.. doakan anda menang!! insyaAllah.."
Ok tak? huhu.. Actually tu bukan pujian untuk aku.. Tapi itulah hakikatnya. hehe. Personally aku memang seorang yang tegas. Ada juga kata aku garang orangnya. But seriously, after you know me, i'm not like that. Most of my friends senang berkawan ngan aku. Sebab aku tak banyak songel. Tak kacau hidup orang. Also jenis yang periang means; suka buat kelakar. Tapi tak bermakna orang suka-suka hati nak main-mainkan aku. Tak mudah didekati tapi kelembutan tetap ada. Dan perlu lahir secara semulajadi. Baiknya peribadi dan kecantikan bukan dari paras rupa tapi aura semulajadi dari dalam diri (ini ayat universal). Itulah yang aku maksudkan dalam ayat tu.. Sebab ada yang komen kata aku garang walhal dalam gambar je..:)
Pape pun, dalam pada tegas-tegas, happy go lucky semua tu, yang penting agama.. Solat jangan ditinggalkan. Juga ibadah-ibadah wajib lain. Itu semua menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Sebagai hamba Allah, kita semua tak terlepas dari melakukan kesilapan dan melalui ibadah kepada Allah, kita dapat berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t selain diampunkan dosa-dosa kita. Ni semua dapat memupuk diri kita dari mempunyai hasad dengki, iri hati sesama manusia.. Baik lelaki mahupun perempuan. Soal dosa pahala, banyak mana amalan kita, itu semua ketentuan Allah s.w.t. Bukan hak milik manusia untuk tentukan soal keimanan, dosa dan pahala manusia mahupun kealiman seseorang itu.
Mungkin Cik Guest lupa tentang hal ni.. Melalui ayat-ayat beliau seperti ini.. "aduhlah...dah tak de org nak mmuji kamu dlm pncarian muslimah (muslimah lah sgt kamu nih)...sanggup kamu create profil bru, dan memuji diri sndiri..."
Melalui perkataan yang diboldkan tu pun saya dah nampak apa yang kamu fikirkan.. Actually more about what inside your heart.. Dalam pada-pada saya bergelak ketawa, saya masih ingat batas-batas saya sebagai orang Islam. Perlu ke nak mempertikaikan sesuatu yang jelas bukan hak kita untuk berbuat demikian? Just like i said, u're truly my fan dear!;) Because u think u have right to do that. Kalau camtu, sape-sape pun leh cakap bukan-bukan tentang diri awak, family awak dan sebagainya. Kadang-kadang kita tak nampak pape sekarang.. Akan datang it will effect your future life.. Kalau tak kita, mungkin anak-anak, cucu-cucu kita. Yang penting kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran patut berfikir dengan lebih berhati-hati sebab nanti ianya akan memakan diri sendiri.. Kalau saya bukan muslimah, jadi anda adalah muslimah? Jadi nape cakap camtu..? Muslimah kena cakap camtu ek? Saya tak pernah diajar camtu pun, baik oleh ibu bapa saya, baik di sekolah agama saya mahupun dari kuliyah-kuliyah para uztaz dan uztazah. Mana Cik Guest belajar ni..? Emmm...?;)
Sebab apa saya panggil Cik? Tak Encik ke, abang ke, puan ke..? Sebab saya rasa Cik tu merangkumi semua. "Cik Guest"; bagi saya maknanya untuk perempuan yang malu-malu tapi tang lain, MasyaAllah..;) Tapi nanti mesti Cik Guest akan kata, "mana awak tahu saya perempuan?". Takpun, "hehehehe...;)" Takpun "Are you sure ke saya ni perempuan?" Hakhakhak.. Kelakar betul lah.. Agaknya aku dah terbiasa ngan benda-benda camni. Bila ada peminat fanatik camni, dah faham sangat tabiat dorang. Nak autograf, cakap jela... Kan..?;) hihi..
Okla aku cerita panjang lebar ni sekadar suka-suka.. Kalau korang nak tahu ada lagi yang diperkatakan oleh peminat-peminat yang lain dalam chatbox tu.. Tapi takpela aku biarkan je.. Just simpan wat kenangan dalam muzium. hehehe.. Nanti aku wat entri lagi pasal ragam peminat-peminat aku ni. hehe. Yang cakap pasal seks-seks pun ada! Nauzubillah... Kalau orang lain, sorok-sorok. Yang ni dahlah semua orang baca, then Allah juga Maha Melihat, apa dia nak jawab nanti? Aku taknak lah mengaibkan sesiapa. Semua ni sekadar teladan dan sempadan buat aku. Maklumlah dunia serba canggih ni, macam-macam orang leh wat. Semoga Allah beri mereka semua petunjuk... Buat rakan-rakan blogger di luar sana pun, hati-hati tau. Kalau ada peminat camni, layan jela... huhu.. Biasalah tu.. Nakkan perhatian kata orang.. So, wat Cik guest, anda berjaya menarik perhatian saya kali ini. Anggaplah entri ni hadiah bertuah untuk anda. Congratz..! ;D hehe.. Takde orang lain pernah masuk dalam entri saya melainkan awak. Nanti tulis banyak-banyak lagi tau dalam chatbox ni. Saya akan update entri best-best sentiasa untuk tatapan awak. Cayang awak!!;) Muah3x! hihi... ~~
Wat Cik Guest, saya ikhlas wat entri ni untuk awak dan saya berharap awak berubah k.. Kalau tak 100% pun, 0.01% pun dah menggembirakan hati saya dan family awak.. Betul..:) Saya juga manusia biasa seperti awak cuma fikiran yang berbeza. Yang menyatukan kita adalah agama.. Islam..:) Juga wat mereka-mereka di luar sana.. Love you all!=) Ukhuwah Fillah Abadan Abadaa.....
Cik Mesya : Tiada manusia yang sempurna di dunia ini.. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan..:)
~~Actually aku dah dapat agak dah sape Cik Guest ni.. Cuma takpelah, tak baik mengaibkan orang. Biarlah dia insaf sendiri..:)
sungguh tak sangka,macam2 ragam stalker skrg ini. pathetic girl...
ReplyDeletecik mesya, bersabarlah. Allah sentiasa berada org2 yg bsabar dan yg selalu mngingatiNya.
@nur: salam.. thanks dear..=) insyaAllah slagi kte di jln yg benar, tiada apa yg leh mengganggu gugat kte mcm girl ni. mungkin dia ada sbb wat mcm tu. kurang kasih syg ke, atau jauh dr hidayah Allah.. insyaAllah smoga dia diberikan hidayah drpd Allah. lama2 dia akan berfikir smula dan bertaubat.. alhamdulillah sy tak rsa apa2 pun dgn kta2 girl ni. dah bese kna cmni.dia skadar berani tonjolkan diri dlm chatbox tu. klu berdepan, mgkin dia akan malu sndiri. pape pun thanks ye nur..:)
ReplyDelete