Assalamualaikum semua.. Lama dah tak tak update something dalam blog ni..:) Rindukan saya? hehe.. Gurau je.. Actually aku teramatlah busy 1-2 minggu ni. Memang tak sempat nak update blog. Kadang-kadang idea dah ada, tapi masa plak takde. Just jenguk-jenguk apa yang patut je kalau sempat..
Hari ni aku ambil cuti rehat. Hampir separuh hari aku menghabiskan masa di Klinik Kesihatan. Why? Aku sakit ke? huhu.. Takdelah.. Aku sihat walafiat, Alhamdulillah..:) Cuma aku ada appoinment dengan doktor untuk buat medical check-up. Jenuh juga lah nak menunggu satu persatu test. X-ray, urine test, procedure dan pergigian.. Maklumlah ramai orang.. Tapi Alhamdulillah dapat melakukan semua ujian dengan baik. Keputusan semua akan diberitahu pada next appoinment. Untuk apa ni? Aku wat medical check up ni sebagai syarat perlantikan. Alhamdulllah aku dapat jawatan tetap.. Jadi kenalah isi borang-borang dan follow arahan yang diberikan before lapor diri nanti.:)
Em walaupun agak lama aku tak update pape dalam blog ni, tapi tak sangka ada peminat setia yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku ni. Daripada pengamatan aku, aku rasa semua entri aku dia baca. Baguslah kan.. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya dia lebih memahami diri aku. Yeke? huhu.. Tapi actually beberapa minggu ni ada juga hamba Allah yang suka mengganggu kehidupan orang lain. Aku tak tahulah apa motifnya. Pape pun aku bersyukur kepada Allah diberi kekuatan untuk menempuhi dugaan-dugaan sebegini. Semoga Allah membuka pintu taubat dan keinsafan buat mereka-mereka ini. InsyaAllah..
Aku tak mahu menuding jari kepada sesiapa tapi sebagai atas dasar persaudaraan Islam, tak sepatutnya mereka ini berkelakuan sedemikian. Seperti biasa, akan ada sahaja emel layang, chat layang dan sebagainya cuba membuat fitnah dan menjatuhkan maruah aku. Aku benar-benar tak faham kenapa mereka langsung tiada kesopanan atau pun dalam bahasa kasar, agak kurang ajar dalam berbicara? Kalau setakat teguran biasa tu, sesiapa pun leh terima. Ni siap gunakan perkataan-perkataan lucah, kesat dan biadap. Kenapa mereka jadi begitu? Tiada nilai adab dan kesopanan ke dalam diri dorang? Nabi Muhammad s.a.w sendiri pun dalam berdakwah tak pernah mengeluarkan kata-kata sedemikian kepada sesiapa pun walaupun baginda dihina dan dicaci oleh puak penentang Islam pada zaman tersebut. Contohilah baginda yang bertindak secara bijaksana dan penuh hikmah dalam setiap perbuatan dan tuturcara baginda..
Apa-apa pun, aku bukanlah pandai sangat dalam bab agama. Tapi aku suka belajar.. Walaupun tak cukup masa tapi aku curi-curi masa nak baca buku agama ke, tengok ceramah agama kat TV ke. Yela, takkan semua benda tu nak cerita kan? Tapi ada juga manusia yang mengutuk aku macam-macam. Tunggu je lepas entri ni, apa lagi akan keluar. huhu.. InsyaAllah, ganjaran yang berlipat ganda akan diberikan kepada orang yang banyak bersabar.. Kata orang, lagi banyak dugaan bermakna Allah sayangkan kita.. Dia ingin menguji keimanan kita.. Semoga Allah memberikan aku kesabaran dan kebahagiaan yang tidak terkira selama-lamanya.. Amin..:)
Alhamdulillah aku berjaya melepasi halangan-halangan terbesar dalam hidup ku sebelum ni. Walau difitnah, dicaci, dihina, dimaki dan sebagainya, aku berjaya dalam kehidupanku.. Bukan ingin mendabik dada tapi berkat setiap doa kawan-kawan dan family menjadikan aku sebagai seorang insan di muka bumi ini. Syukur sangat-sangat. Mungkin ada di luar sana yang membenci, atau mempunyai niat tak baik terhadap ku, takpelah.. Aku redha.. InsyaAllah, Allah akan tetap bersama-sama orang teraniaya. Allah akan mendekati orang-orang yang berhati baik.. Sebab apa-apa jua yang kita lakukan datang dari hati.. Tepuk dada tanya iman..=)
Cik Mesya : Kalau kita ada berbuat silap pada orang lain, cepat-cepatlah minta maaf. Kalau ditakdirkan kita tak panjang umur atau orang tu pergi dulu, pasti sukar kehidupan kita lepas tu.. Sebab segalanya bermula daripada hati.. Wallahualam...:)
Tetibe sangat suka dgn entri ni. ngee^__^
ReplyDeleteaww...tahniah ye! ktrng masih trtnya2 yg dpt sarawak akan dtg ke tak,kmi tggu mggu dpn,yee...X3
ReplyDelete@Sri: hehe thanks.. Alhamdulillah sy masih di BKKM.:)
ReplyDeletesaya pon suka entry ini.kihkihkih...
ReplyDeletesy baru follow kamu.jemputlah ke blog sy
@nuur: ok no problem.. Thanks ye..:)
ReplyDelete