Monday, October 24, 2016

Jumpa juga Kedai RM2.00 di Kajang..

Salam. Rasa macam dah lama tak update entri. Busy nya saya la hai sebulan dua ni. Sorry ya sume..(Bajet ramai yang baca. Hehehe) Okla just nak share tentang Kedai RM2.00 di Kajang. Bukan apa, team Inovasi di ofis saya bakal anjurkan Kejohanan Boling. So sebagai menghargai para peserta yang bakal sertai, saya ditugaskan mencari hadiah / gift yang bersesuaian dengan bajet yang kami ada. Yela, takkanlah nak biarkan peserta pulang dengan tangan kosong. At least if tak menang pun, dorang ada something nak bawa balik sebagai kenangan. 

Automatic terfikir tentang Kedai RM2.00! Pernah gi 1 kedai dulu masa stay di Selayang. Duk Putrajaya memang takdelah kedai RM2.00 ni. Google punya google, tak jumpa yang berhampiran. Round punya round area Bangi, tak wujud Kedai RM2.00 ni. Ermm.. Takpela nanti cari lagi. But Alhamdulillah kebetulan saya gi ambil Piala Kejohanan yang ditempah area bandar Kajang, tak jauh dari kedai piala tu ternampak Kedai RM2.00 yang dicari!! Apa lagi, jom shopping!!!

Serius rambang mata! 


Macam-macam benda dijual. Keperluan dari depan sampai belakang rumah semuanya ada dengan harga RM2.00 sahaja!

Nak cari gift untuk sangatlah mudah dan murah. Especially untuk even-even yang tetamu tak ramai sangat.

Yang suka hiasan atau deco, pun ada dijual.


Geramnya la hai tengok tupperware macam-macam jenis dengan harga RM2.00 je! Yang bestnya tupperware dia berkualiti tinggi siap tahan suhu microwave. Amazed juga saya dibuatnya.

Rambang mata! Lama juga saya fikir nak belikan apa untuk gift peserta. Dahlah kedai nia da 2 tingkat. Juling gak nak memilih. Hehe..


Pilih jangan tak pilih! Semuanya barangan baru. Mostly saya ke kedai murah camni, confirm barangannya dah berhabuk dan mostly dah rosak. But here, kualiti sangat ok walaupun sekadar RM2.00. Cuma untuk barangan yang besar-besar, janganlah mengharap harganya RM2.00 juga. But still affordable.

Kat mana Kedai RM2.00 ni? Disebabkan saya gi malam, then kena angkat barang sorang-sorang, so tak dapat nak snap proper gambar kedai RM2.00 ni. But actually kalau tau Plaza Metro Kajang, dan bekas pasaraya Billion, haa tak jauh dah tu. Depan sikit tu ada tempat bas-bas menunggu penumpang. Bolehlah  uols cuba datang ke kedai ni.:)


Finally dapat juga barangan yang dicari sesuai dengan bajet diberi. Penuh kereta. Huhu. Excited nak gotong-royong prepare untuk Kejohanan! 

Misya : Macam prepare Majlis Kahwin.

1 comment:

  1. semangat nak pergi nanti hehe , tak sabar sis ! apa apa yang lain update oke <_>

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...