Friday, October 19, 2012

Natijahnya menyebarkan rumor!

Salam semua.. Alhamdulillah bertemu lagi kita di penghulu segala hari iaitu Jumaat. Pagi ni on emel then dapat kiriman daripada someone kepada anak buahnya. Banyak pengajaran boleh didapati daripada petikan emel tersebut. Becos di Malaysia, orang lebih suka menyampaikan something without facts dan akhirnya mengakibatkan orang yang tak bersalah terkena kesannya. Its just like gossip, rumors dan sebagainya yang disebarkan tanpa endorsement dari tuan empunya diri, lalu terjadilah perbincangan negatif about that yang pada asalnya takde apa-apa pun! huhu..



"ONCE AN OLD MAN SPREAD RUMORS THAT HIS NEIGHBOR WAS A THIEF. AS A 
RESULT, THE YOUNG MAN WAS ARRESTED. 

DAYS LATER THE YOUNG MAN WAS 
PROVEN INNOCENT. AFTER BEING RELEASED HE SUED THE OLD MAN FOR WRONGLY 
ACCUSING HIM. IN THE COURT THE OLD MAN TOLD THE JUDGE: \"THEY WERE 
JUST COMMENTS, DIDN'T HARM ANYONE. \" THE JUDGE TOLD THE OLD MAN: 
\"WRITE ALL THE THINGS YOU SAID ABOUT HIM ON A PIECE OF PAPER. CUT 
THEM UP AND ON THE WAY HOME, THROW THE PIECES OF PAPER OUT. TOMORROW, 
COME BACK TO HEAR THE SENTENCE.\" 

NEXT DAY, THE JUDGE TOLD THE OLD 
MAN: \"BEFORE RECEIVING THE SENTENCE, YOU WILL HAVE TO GO OUT AND 
GATHER ALL THE PIECES OF PAPER THAT YOU THREW OUT YESTERDAY.\" THE OLD 
MAN SAID: \"I CAN'T DO THAT! THE WIND SPREAD THEM AND I WON'T KNOW 
WHERE TO FIND THEM.\" THE JUDGE THEN REPLIED: \"THE SAME WAY, SIMPLE 
COMMENTS MAY DESTROY THE HONOR OF A MAN TO SUCH AN EXTENT THAT ONE IS 
NOT ABLE TO FIX IT. IF YOU CAN'T SPEAK WELL OF SOMEONE, RATHER DON'T 
SAY ANYTHING.\" 

LET'S ALL BE MASTERS OF OUR MOUTHS, SO THAT WE WON'T 
BE SLAVES OF OUR WORDS"

Ia bermakna, once you dah jaja story yang tak betul, benda tu akan tersebar dan terus tersebar. Sama macam kepingan kertas yang orang tua tu buang semasa pulang ke rumah. Takkan dapat dikutip balik lalu 
menjatuhkan maruah jirannya sehingga menyebabkannya ditangkap. Thus, cerita tak betul tu akan efek orang yang tak bersalah dan tidak dapat ditarikbalik dengan mudah. Dan yang lebih teruk, silap-silap orang tu leh jadi camni atas sebab fitnah terhadapnya..


MasyaAllah.. Semoga kita dijauhkan dan menjauhkan diri dari perbuatan menyebarkan benda-benda tak betul. Antara hadith-hadith dan petikan Al-Quran tentang dosa memfitnah, mengumpat dan sebagainya (sumber):

Mengumpat
Al-Humazah : 1
"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"

Fitnah
An-Nur : 19
"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."

Fitnah
Al-Isra'a : 36
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."

Fitnah
Al-Baqarah : 191
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"

Fitnah
An-Nur : 23-24
Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

Al-Buruj : 10
Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.

Khutbah Rasul Allah di Mekah
23 / 2 / 632
"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."

Dari Imam Ghazali
"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."

Dari Imam Al-Mawardi
"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"

Dari R. Muslim
"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."

Daripada Abu Huraira, Termidzi:
"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"

Daripada Al-Nabari:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"

Daripada Al-Nabari:
"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Cakap benar Pepatah arab:
"Wa ma a'layna illal balagh"
-Tiada beban bagi kita melain untuk bercakap benar.

IhsanAl- Maidah : 1
Wahai orang-orang yang beriman, sempurnakanlah janjimu.

Pembohong
Al-Imran:
Akhirnya kami jadikan laknat Allah atas orang-orang pembohong.

As-Shaf : 2-3
Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? Besar dosanya disisi Allah jika engkau mengucapkan apa-apa tetapi tidak engkau lakukan

See, dalam Islam sendiri pun telah diingatkan bahawa menyebarkan sesuatu yang tidak sahih bukan satu perkara yang boleh dipermainkan. Daripada rumor/gosip, bertukar menjadi bahan umpatan dan seterusnya boleh menjadi fitnah! Berhati-hatilah dalam perkataan secara percakapan mahupun penulisan. Sama-samalah kita bermuhasabah diri...^^




Cik Misya : Pernah jadi mangsa fitnah dan bahan umpatan, Alhamdulillah bertambah pahala.

1 comment:

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...