Monday, October 22, 2012

Kejam!! Kucing hidup jadi perhiasan dalam botol!

Salam.. Eii hari ni geram giler ngan perangai manusia nih! Ya Allah hai sabar jela. Takde benda lain ke ko nak buat perhiasan?? Ini anak kucing yang tak bersalah ko wat camtuh! Haishhh geram tol la ngan orang yang perangai ngalahkan binatang! Kejam!! Macam #%^&^@9*&%!!

Ni kisah nya..



Kucing hidup dijadikan hiasan dalam botol??

Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. 
Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? 
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.



MasyaAllah.. Bayangkanlah betapa terseksa nya kucing tu. Tak mampu bergerak apetah lagi menjerit kesakitan dan meminta pertolongan! Rasa nak menangis je tengok kucing-kucing comel ni diperlakukan sedemikian rupa. :'( Cuba kalau orang yang melakukannya tu dilakukan sedemikian rupa, apa rasa? Hanya Allah s.w.t sahaja yang akan membalas perilaku mereka..!


Sumber : Kami Pencinta Kucing


Cik Misya : Serius memang tak boleh tengok kucing haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. dianiaya.

13 comments:

  1. masyaallah..ape yang diorang buat nyh...

    kucing adalah haiwan kesayangan nabi..

    patot btol..

    ReplyDelete
  2. perlu ke uat macam tu sekali kat kucing?? taksub sangat ke dengan duit sampai buat kucing macam ni sekali...ape nak jadi

    ReplyDelete
  3. Jahatnya diaorang.. Kesian kucing itu.. :'(

    ReplyDelete
  4. memang kejap sangat , boleh dye buat macam too , kucing too mati tersempit la dalam botol , ya allah kesiannye

    ReplyDelete
  5. masya allah,sampai mcm tu sekali..tergamaknya diorang!!!

    ReplyDelete
  6. teruk gila dorg tuh!
    btw aimi boley tak wanie nak copy paste sikit dr entry nie nak share kat blog wanie? i'll credit it to you? may i?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure darling. Sebarkan berita ni supaya mamat jepun ni kena tgkap dan diambil tindakan. If nak copy kena highlight text then ctrl+c.

      Delete
  7. Jepun ni memang fetish pelik2...kalau dia yang kena masuk dalam botol baru tau....

    ReplyDelete
  8. Sedih...
    Sampai hati dorang buat kucing2 tu macam tu...

    ReplyDelete
  9. visit my blog
    http://kasnovgamer.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. visit my blog
    http://kasnovgamer.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...