Salam.. Oh sukanya tengok pasangan comel yang popular nih. Sape lagi kalau bukan Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad. Alhamdulillah khabarnya mereka akan diijabkabulkan 2 tahun lagi! Nampak macam lama lagi tapi pejam celik pejam celik, tahu-tahu dah tiba masanya kan? ;)
Kisah dua orang anak muda ini bukan perkara baru lagi. Mereka telah menyulam cinta hampir bertahun lamanya. Oleh itu bagi mengelakkan buah mulut orang tentang desas-desus perkahwinan mereka, Shila Hamzah dan Sharnaaz Ahmad sepakat ingin menamatkan zaman bujang pada 2014.
Menerusi Berita Harian, Shila menegaskan tempoh dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga mereka ingin mengukuhkan kerjasa seni masing-masing dengan sebaik mungkin. “Sekarang Sha sedang sibuk berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Shanghai kerana mempunyai undangan persembahan di sana. “Sejak menang pertandingan Asian Wave Sha telah menanda tangani kontrak dengan Shanghai Media Group selama dua tahun,” katanya, di sini, hari ini.
Shila juga mengaku Sharnaaz sebagai sebahagian daripada tulang belakang kejayaan kerjayanya ketika ini. Malah, dia juga menganggap penantian Sharnaaz sebagai pengorbanan buat dirinya. Shila juga mahu memberikan yang terbaik dalam kerjaya sebelum memperlahankan rentak selepas bergelar isteri dan juga ibu, kelak.
Menurut Murai.Com pula, pasangan ni tak merancang nak bertunang lagi. Maybe nak terus nikah rasanya.
Buat masa terdekat ini kami belum ada sebarang perancangan untuk bertunang. Dalam masa dua atau tiga tahun ini, kami mahu fokus dan explore dulu bidang dan kerjaya masing-masing.
"Kami berdua pun masih muda dan masih baru dalam bidang yang kami ceburi, jadi lebih elok gunakan masa yang ada ini untuk menguatkan lagi nama sebagai persiapan masa akan datang,"jawabnya yang menolak dakwaan bakal bertunang dalam masa terdekat.
Syukur Alhamdulillah.. Saya sebagai salah seorang peminat dorang mendoakan kebahagian mereka berdua. Memang suka sangat tengok dorang. Sama cantik sama padan. Dua-dua semakin mantap dalam mengembangkan karier seni dorang. Semoga rezeki sentiasa melimpah for them. Amin. Dah berjaya ni jangan lupakan peminat ya.;)
Cik Misya : Kahwin dalam tempoh setahun lagi.
Suka tengok dorang dua nie...
ReplyDeleteSweet sangat ^_^