Saturday, October 13, 2012

Esok hari penentuannya! Pencarian Model DJC 2012/2013.

Salam.. Ya Allah sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, esok adalah hari pertandingan peringkat final Pencarian Model Dlia Jane Collections!! Oh my... Ya Allah, dah ready ke saya ni? Bakal berentap dengan 6 lagi finalis hebat-hebat! Serius takut... Mesti lemah kepala lutut sebab kena catwalk, then ada sesi soal-jawab. Uish, mahu tergeliat nak jawab soalan nanti. Huhu.. (Entri penuh di SINI)

Siang tadi sempat spend time dengan penganjur a.k.a owner DJC wat raptai skit untuk esok. Jom view apa aktiviti kami tadi. Tempat yang sungguh menarik penuh bunga-bungaan! Macam dalam Taman Bunga di Korea pun ada! Teruja sekejap. Heh. Dah nama tempat pun Flora Cafe.. 

Tuu diaa..! Ni siling Flora Cafe.. Penuh dengan bunga dan lampu antik!




Barisan juri yang akan menilai semua finalist will sit here.. Uish nervousnya!!

Cermin hiasan di Restoran mewah ni.. So nice!

 Kerusi untuk para tetamu duduk.. 

Sesi perbincangan untuk aturcara esok..

Latihan catwalk.. That one yang tengah catwalk is Syai Akma, one of finalist..

 Sempat menjamu selera.. Of coursela owner DJC yang belanja! hehe.. Dapat makan restoran gini, memang takkan lepaskan peluang! Heh. Thanks Kak Nor..!^^

 Tu diaa.. Kak Zila (baju merah), make-up artist tak sabar nak lahap Kuey Tiow Goreng tu! Memang delicious okeys! Sian dia baru balik dari make-up pengantin, tak sempat jamah pape makanan dari pagi. 

Karipap.. Nampak biasa tapi rasanya, memang masyukkkk!!

Mee Goreng.. Serius memang sedap! Udang pun banyak.

Sirap limau.. Penghilang dahaga.. Very fresh!

This is my number giliran.. Alhamdulillah tak dapat nombor first atau last. Tengah-tengah. Hehe..

InsyaAllah esok adalah hari penentuannya.. Saya akan berusaha sehabis baik dan jika ada rezeki untuk saya menang, Alhamdulillah... Doa anda amatlah diharapkan. Tiada apa yang lebih mustajab berbanding sebuah doa. Amin.. Wish me all the best!! ^___^

Cik Misya : Gemuruh.




4 comments:

  1. Farah doakan Cik Misya success ya...InsyaAllah... You can do it! Doa banyak-banyak dan tenangkan diri serta hati...

    X sabar tunggu next hupdate on this competition... ^_^ I'll pray for you...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...