Thursday, December 6, 2012

Segmen siapa paling jujur

Salam.. Haa segmen ni agak menarik bunyi tajuknya kan?;) Camne penganjur nak test tahap kejujuran peserta yang join tu? Jeng-jeng-jeng...;) Ala simple je.. Jawab soalan-soalan cepumas yang diberikan. Yang penting anda jujur menjawabnya kira jujurlah tuh! Tapi kalau korang tipu pun penganjur bukan tahu! hehe. [gelak nakal]. Nak test kejujuran anda juga? Klik SINI atau banner okeys..


Em apa soalan-soalan cepumas tuh? Jom tengok dan lihat apa jawapan saya..;)

  • apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang : Just said its ok then gi toilet untuk bersihkan kesan kuah kari tu. (Wah baiknya jawapan..;)) But seriously memang saya akan wat camtu. Nak marah-marah watpe kan. Benda dah jadi..
  • pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar : Hakhak ini agak kelakar! So far tak pernah. Kat rumah pernah gak wat camtu. Siap lawan-lawan ngan adik lagi. Wakakaka tak senonohnya saya kan? Hihihi..
  • pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan : Em tak sure la.. Biasa korek-korek hidung ni saya wat kat rumah dalam bilik air (time nak mandi). Kat luar pun memang saya akan ambil tisu wat cover. hehe..
  • bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa : Err tak ingatlah.. Rasanya masa gaduh ngan incik tunang kot.. Sebab dia lambat jemput saya untuk gi raptai fashion show. Marah sesangat sampai menangis! Huhu..
  • mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you : Budak lembik. Ni zaman sekolah rendah dulu la. Physically saya ni kecil je orangnya. Memang orang ingat saya lembik then susah nak take part any activity yang best-best. But itulah cabarannya dan saya berjaya buktikan saya tak lembik!;)
  • berapa berat badan you sekarang : Last timbang 48kg.
  • ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa : Wat muka masam mencuka then sampai satu tahap menangis puas-puas dalam bilik. Ngeee...
  • matapelajaran paling k.o masa sekolah : Alhamdulillah pelajaran saya semua OK. Wah berlagak! Hehe.. Rasanya English kot sebab tak biasa speaking..^^
  • adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan : Pernah gak. Tapi bukan kat sekolah la. Gaduh ngan anak jiran. Sebab budak tu sangat kureng ajar. Huhu..
  • orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) : Sekolah rendah? Uish tak reti and tak kenal pun cintan-cintun ni masa tu..
  • you pertama kali couple masa umur berapa : 14 tahun! Hehe.. Lawak tul masa tu. Bercinta tapi lepas tu malu nak jumpa sampailah saya pindah rumah lain. Anak jiran depan rumah! Wakaka..
  • berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila : Almost 4 years.. Tak ingatlah.. Sebab taknak ingat dah kenangan pahit yang pernah menjadi kenangan terindah itu..:(
  • last you putus sebab apa : Keterpaksaan yang orang takkan pernah fahami. Biarlah saya sorang dipersalahkan daripada menyeksa jiwa raga orang yang pernah disayangi.. (Apsal jiwang plak ni.. Sigh~~)
  • adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa : Pernah. Masa minta ampun dan maaf di pagi Raya Aidilfitri.. Moga ibu saya halalkan segalanya..
  • bila dok sorang sorang , ape mesti you buat : Facebook la, apa lagi. huhu.. Takpun dok berangan fikir masa depan. Huhu.
  • keputusan upsr you : 2A 2B 1C (C tu English!)
  • you nak kawen masa umur berapa dan kenapa : Before 30 years old. Doa-doakanlah ya.:) Kenapa? Sebab muda-muda lah nak ada anak.. Nak ada suami yang leh jaga dan lindungi kita.. ^_^
  • you selalu berangan tentang ape : Masa depan.. Harap dapat jalankan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik-baiknya.. Amin..
  • perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you : Menghadap orang yang annoying.
  • perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you : Naik roller coaster! haha.. 1st and last time kat Universal Studio Singapore.
  • blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia : Entahlah.. huhu..
  • sesuatu yang you tak suka bila blogwalking : Blog yang heavy terlampau sarat dengan pelbagai gadjet, ada buih-buih, daun-daun bagai, cursor berlingkar-lingkar.. Ya Allah hai seksanya nak loading if terblogwalking blog camni. Lagi satu if ada word verification! Uish serius tak suka..;(
  • mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook : Rasanya tahun 2009 kot.. Final year masa study di UKM. Tu pun sebab member-member suruh buat.
  • you selalu bangun tidur pukul berapa : 6.30 am.
  • kritikan terhadap blog saya : Overall saya suka blog penganjur sebab simple and nice. Header dia paling saya suka. Sangat cantik! Satu je part tulisan kalau boleh gunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul sebab ia melambangkan kerajinan kita untuk menaip. Kalau semua huruf kecil, saya tak rasa macam nak stay lama-lama baca setiap entri. Macam kita wat karangan SPM juga lah kan? Huruf besar kecil perlu dititiberatkan.:)

Ok done! Fuh penat gak nak jawab soalan-soalan ni. Takpe, demi support, i jawab jela yang termampu. =)


Cik Misya : Saya sayang diri saya.

9 comments:

  1. menarik...jujur lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dihati ... By - MentariMinda

    ReplyDelete
  2. kelako bila bab becinta dgn anak jiran tue hehhehe

    ReplyDelete
  3. ada sponsor baru . follow and like page dia keyh :D

    ReplyDelete
  4. hahha. cam best je.. nk try join lah..

    ReplyDelete
  5. nyue singgah n follow sini...salam perkenalan...

    nyue pon jujur baca jawapan..fuhh.penatt..eheh

    dari segmen yg sama :)
    http://nyueyien.blogspot.com/2012/12/soalan-segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete
  6. mak ai byk betul soalan dia...apa2 pun selamat bersegmen cik misya...

    ReplyDelete
  7. nice entry :)
    btw from the same segmen ~

    http://jjikjjikl.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete
  8. dari CONTEST yang sama untuk upkan follower.. jom dtg rumah sy plak...:)
    boleh shopping jugak sini
    sy ske segmen jawab2 soalan macam ini anada bagaimana??
    http://zonmanis.blogspot.com/2012/12/segmen-siapa-paling-jujur.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Tune Hotel KLIA2 || My Review

Anyone who are always travel usually knows about this hotel especially for those who are travelling using flight. Coincidently I have a offi...